Berita Harian

3 bapa hibah RM105,000 untuk PIBG

Pampasan insurans diserah jika pencarum meninggal dunia, hilang upaya kekal

- Oleh Rosman Shamsudin bhnews@bh.com.my

Slim River: Tiga orang bapa yang juga ahli Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan (SK) Slim River berjiwa murni dengan menghibahk­an sebanyak RM105,000 kepada tabung PIBG melalui caruman Insurans Sepanjang Hayat daripada syarikat insurans terkenal di negara ini, dekat sini.

Mereka terdiri Naib Yang Dipertua PIBG, Dr Hanafi Yahya, 37, Perancang Perkahwina­n MY Sanding, Khairol Izuwan Aidul Badri, 40 dan kontraktor, Kamarul Hawadis Shaari, 47 yang menghibahk­an wang caruman insurans bila mereka meninggal dunia atau hilang upaya kekal kelak.

Dr Hanafi yang membuat hibah sebanyak RM50,000 berkata idea ini timbul apabila melihat keperluan tabung PIBG yang memerlukan sumber kewangan bagi membantu pihak sekolah menjalanka­n aktiviti kurikulum dan kokurikulu­m serta pembanguna­n sahsiah sepanjang tahun.

Katanya, melalui caruman itu juga pihak ejen insurans akan mendermaka­n sebahagian komisen yang diterima daripada caruman ahli selama lima tahun kepada tabung PIBG sekolah itu.

“Caruman mengikut umur ahli dan hanya serendah RM50 sebulan, maka waris ahli boleh mendapat manfaat kira-kira RM50,000 jika ahli meninggal dunia atau hilang upaya kekal.

“Untuk menentukan jumlah hibah kepada tabung PIBG sekolah ini bergantung kepada ahli PIBG yang menentukan sama ada hendak hibahkan sepenuhnya atau sebahagian mengikut keikhlasan ahli,” katanya pada Majlis Pelancaran MYHIBAH di SK Slim River, dekat sini.

Majlis pelancaran disaksikan Yang Dipertua PIBG, Fairus Said dan Guru Besar SK Slim River, Muhd Halin Othman sempena Mesyuarat Agung PIBG ke-44.

Program ini dipercayai program pertama yang dilakukan oleh

PIBG sekolah di negara ini dalam usaha mencari dana kewangan PIBG untuk masa hadapan.

Sementara itu, Khairol Izuan yang turut membuat hibah RM50,000 berkata inilah sumbangan beliau kepada tabung PIBG apabila beliau meninggal dunia atau hilang upaya kekal nanti.

“Saya sudah berbincang dan memaklumka­n kepada isteri bahawa jika sesuatu terjadi kepada saya, semua wang caruman daripada manfaat insurans itu akan dihibahkan kepada PIBG.

“Saya berharap akan lebih ramai ibu bapa yang juga ahli PIBG sekolah ini turut serta dalam program ini walaupun tidak menghibahk­an semuanya,” katanya ketika dihubungi.

Kamarul Hawadis berkata hibah yang dibuat untuk tabung PIBG itu adalah sumbangan akhirat kerana apabila seseorang anak Adam meninggal dunia, maka tiga perkara yang ditinggalk­an dan berterusan mendapat pahala iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanafaa­t dan anak yang soleh.

 ?? (Foto Rosman Shamsudin/bh) ?? Dr Hanafi (kanan), wakil Khairol Izuwan, Umi Kalsum Khalid (tengah) dan Kamarul Hawadis menunjukka­n replika hibah pada Majlis Pelancaran MYHIBAH, di Slim River, semalam.
(Foto Rosman Shamsudin/bh) Dr Hanafi (kanan), wakil Khairol Izuwan, Umi Kalsum Khalid (tengah) dan Kamarul Hawadis menunjukka­n replika hibah pada Majlis Pelancaran MYHIBAH, di Slim River, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia