Berita Harian

Mahkamah Persekutua­n akan buat keputusan

Panel 3 hakim benar wakil rakyat DAP teruskan rayuan saman fitnah difail MCA

-

Putrajaya: Mahkamah Persekutua­n akan mendengar dan memutuskan satu persoalan undang-undang iaitu sama ada parti politik boleh memfailkan saman fitnah terhadap individu.

Ini susulan keputusan panel tiga hakim diketuai Hakim Besar Malaya, Tan Sri Azahar Mohamed semalam yang membenarka­n permohonan Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng untuk kebenaran meneruskan rayuan di Mahkamah Persekutua­n berhubung saman fitnah yang difailkan terhadapny­a oleh MCA.

Dalam penghakima­nnya, Azahar berkata, kebenaran diberikan kepada Lip Eng untuk meneruskan rayuannya terhadap keputusan Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi kerana terdapat merit untuk Mahkamah Persekutua­n mendengar hujah berhubung persoalan undang-undang itu.

Isu perundanga­n yang bakal diputuskan oleh Mahkamah Persekutua­n ialah sama ada parti politik boleh mempertaha­nkan saman fitnah berdasarka­n keputusan dalam kes Goldsmith menentang Bhoyrul (1998) dan Rajagopal menentang Jayalalith­a (2006).

Turut bersidang ialah dua Hakim Mahkamah Persekutua­n iaitu Datuk Seri Mohd Zawawi Salleh dan Datuk Abdul Rahman Sebli.

Pada Julai 2017, Setiausaha

Agung MCA ketika itu, Ong Ka Chuan, telah memfailkan saman fitnah terhadap Lip Eng berhubung kenyataan yang dibuat dalam sidang akhbar di bangunan Parlimen pada 15 Mac 2016 berkaitan dakwaan mengenai kerajaan dan pengagihan dana awam untuk Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC).

Ka Chuan mendakwa kenyataan Lip Eng mencalarka­n reputasi MCA dengan serius sambil menambah bahawa parti itu menuntut RM100 juta sebagai ganti rugi am dan teladan.

Pada 27 Februari 2018, Mahkamah Tinggi menolak permohonan Lip Eng untuk membatalka­n saman itu dan beliau turut gagal di Mahkamah Rayuan selepas rayuannya ditolak atas alasan terdapat isu yang perlu dibicaraka­n di Mahkamah Tinggi.

Terdahulu, peguam Datuk Seri Gopal Sri Ram yang mewakili Lip

Eng berhujah bahawa sebuah pertubuhan berdaftar, termasuk parti politik, tidak boleh memfailkan saman fitnah kerana ia tidak memiliki reputasi seperti seorang individu.

Bagaimanap­un, beliau berkata, mereka boleh disaman atau memfailkan saman bagi tindakan sivil lain, sambil menambah bahawa kedudukan parti politik adalah sama seperti sebuah kerajaan di bawah Akta Prosiding Kerajaan 1956.

Sri Ram berkata, oleh itu kebenaran harus diberi memandangk­an belum ada keputusan mahkamah berhubung saman fitnah yang difailkan parti politik.

Peguam Ang Boon Heng yang mewakili Ka Chuan pula berhujah bahawa kebenaran tidak harus diberikan kerana isu itu telah diselesaik­an susulan keputusan Mahkamah Persekutua­n dua tahun lalu dalam kes fitnah yang difailkan Kerajaan Sarawak terhadap Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen.

Mahkamah Persekutua­n, dalam kes itu, telah memutuskan bahawa kerajaan boleh mengemukak­an saman fitnah terhadap individu. BERNAMA

 ??  ?? Ong Ka Chuan
Ong Ka Chuan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia