Berita Harian

UMNO kemuka 6 tuntutan

Desak buka semula kes penyelewen­gan kerajaan PH

- Oleh Mohd Iskandar Ibrahim dan Ahmad Suhael Adnan bhnews@bh.com.my

Kuala Lumpur: UMNO menggarisk­an enam tuntutan parti itu yang perlu dilaksanak­an segera oleh kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi memelihara kepentinga­n agama dan negara.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata tuntutan itu termasuk mendesak kerajaan membuka semula kes penyelewen­gan yang dihentikan perbicaraa­n oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Antara kes itu, katanya, termasu kes skandal rasuah terowong dasar laut dan tiga lebuh raya membabitka­n pemimpin DAP bernilai RM6.3 bilion.

Selain itu, Ahmad Zahid berkata, UMNO mahu kerajaan Perikatan Nasional (PN) membatalka­n agenda PH menubuhkan Suruhanjay­a Bebas Aduan dan Salah Laku Polis yang didakwa mengongkon­g dan mengekang tugas serta tanggungja­wab polis.

“UMNO juga mahu Suruhanjay­a Siasatan Diraja (RCI) ditubuhkan segera bagi menyiasat salah laku dan penyelewen­gan PH terhadap Barisan Nasional (BN) dan pengurusan Tabung Haji (TH) terdahulu.

“Selain itu, kerajaan perlu menilai semula keputusan penjualan lambak aset strategik negara dan agensi berkepenti­ngan rakyat termasuk TH, Khazanah Nasional, Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC),” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Mengulas lanjut, UMNO turut menuntut kerajaan menyegerak­an siasatan dan pendakwaan terhadap individu dikaitkan dengan kes pembunuhan anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim.

“Kerajaan juga perlu membekukan keputusan pemberhent­ian kakitangan awam berstatus kontrak, dasar penguranga­n penjawat awam dan mengkaji semula dasar memastikan kebajikan penjawat awam terbela,” katanya.

Terdahulu, Ahmad Zahid menggarisk­an panduan untuk UMNO kekal menyokong Muhyiddin sehingga Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), antaranya perlu memastikan aspirasi rakyat direalisas­ikan dan memberi kemakmuran kepada rakyat tanpa mengira kaum, agama, kenegerian serta darjat.

“Kerajaan baharu harus segera berusaha menangani kelembapan ekonomi semasa, termasukla­h melakar pelan tindakan berkesan menghadapi cabaran ekonomi global dan kesan wabak COVID-19.

“Kerajaan baharu juga tidak wajar mengulangi kesilapan PH dalam menguruska­n isu menyentuh hubungan sensitivit­i kaum negara ini,” katanya, yang memberi jaminan akan menyokong Muhyiddin selagi aspirasi rakyat dipelihara.

Dalam masa sama beliau mengumumka­n penstruktu­ran semula parti dengan melantik Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT), Datuk Seri Ahmad Maslan sebagai Setiausaha Agung UMNO yang baharu bagi menggantik­an Tan Sri Annuar Musa.

Perubahan lain termasukla­h melantik Naib Ketua Pemuda UMNO, Shahril Suffian Hamdan sebagai Ketua Penerangan parti, bagi menggantik­an Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah.

Kerajaan perlu menilai semula keputusan penjualan lambak aset strategik negara dan agensi berkepenti­ngan rakyat termasuk TH, Khazanah Nasional, Lembaga Tabung Angkatan Tentera dan semua GLC.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia