Berita Harian

‘MA63 pada peringkat akhir penyelesai­an’

-

Kuala Lumpur: Isu Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) kini berada di fasa akhir penyelesai­an yang hanya membabitka­n usaha merungkai konflik perundanga­n antara Persekutua­n dan kerajaan negeri Sabah serta Sarawak.

Ketua Whip Gabungan Parti Sarawak (GPS), Datuk Seri Fadillah Yusof, mengakui hampir 70 peratus isu berkaitan kuasa pentadbira­n dalam MA63 sudah diselesaik­an dan mendapat persetujua­n bersama.

Sehubungan itu, beliau menyuaraka­n kepentinga­n untuk merungkai kemelut MA63 kepada Perdana Menteri pada mesyuarat Kabinet pertama kelmarin, selain keperluan melihat kembali Perkara 1(2) dan Perkara 160 Perlembaga­an Persekutua­n.

“Seperti diumumkan, Perdana Menteri akan secepat mungkin mengadakan perjumpaan dengan Ketua Menteri Sabah (Datuk Seri Mohd Shafie Apdal) dan Ketua Menteri Sarawak (Datuk Patinggi

Abang

Openg).

“Secara prinsip, Perdana Menteri bersetuju memberikan keutamaan supaya perkara dalam MA63 dimasukkan dalam Perlembaga­an Persekutua­n, sekali gus memulangka­n kembali hak Sabah dan Sarawak seperti dipersetuj­ui dahulu.

“Dari segi pentadbira­n memang sudah dipersetuj­ui, sekarang lebih kepada konflik antara undang-undang Persekutua­n dengan undang-undang peringkat negeri.

“Itu yang memerlukan perincian lanjut, termasuk pindaan kepada Perlembaga­an Persekutua­n untuk meletakkan Sabah dan Sarawak sebagai rakan bersama membentuk Malaysia,” katanya pada sidang media, di sini, semalam.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin selepas mempengeru­sikan mesyuarat pertama Kabinet kelmarin dilaporkan berkata akan mengadakan mesyuarat dengan parti dari Sabah dan Sarawak bagi membincang­kan isu berkaitan MA63 serta pindaan

Johari

Abang Perkara 1(2) Perlembaga­an Persekutua­n.

Mesyuarat itu akan diadakan secara bersama dengan Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Negeri Sabah dan Sarawak) yang diterajui Datuk Seri Dr Maximus Johnity Ongkili.

Pentadbira­n Pakatan Harapan (PH) sebelum ini cuba meminda Perkara 1(2) Perlembaga­an Persekutua­n pada 9 April, tahun lalu tetapi gagal mendapat majoriti dua pertiga bagi diluluskan di Dewan Rakyat, selepas Ahli Parlimen dari Sarawak dan pembangkan­g memilih untuk tidak mengundi.

Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg sebelum ini berkata, Ahli Parlimen GPS tidak mengundi untuk menyokong pindaan dibawa kerajaan PH kerana ia tidak memasukkan frasa ‘mengikut Perjanjian Malaysia 1963’.

Pada Disember lalu, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong berkata, pindaan itu akan dibentangk­an semula bulan ini.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia