Berita Harian

Pembersiha­n, nyahkuman di Masjid Sri Petaling

-

Sungai Buloh: Kerja-kerja pembersiha­n dan nyahkuman di Masjid Jamek Sri Petaling, Kuala Lumpur akan dilaksanak­an susulan kes positif jangkitan COVID-19 membabitka­n peserta ijtimak tabligh di masjid berkenaan.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, ketika memaklumka­n perkara itu, berkata kes jangkitan COVID-19 membabitka­n peserta perhimpuna­n tabligh pada 28 Februari hingga 1 Mac lalu itu adalah kluster baharu.

“Setakat ini, ada tiga kes positif COVID-19 berkaitan perhimpuna­n keagamaan itu, iaitu masing-masing satu kes di Kuantan, Tawau dan Brunei. Serentak itu, masjid berkenaan ditutup untuk pembersiha­n dan disinfeksi,” katanya pada sidang media selepas melawat Hospital Sungai Buloh, di sini semalam.

Dianggarka­n, lebih 10,000 orang terbabit dalam perhimpuna­n di masjid itu membabitka­n jemaah dari pelbagai negara. Daripada jumlah itu, difahamkan lebih separuh terdiri daripada jemaah Malaysia.

Dr Adham merayu mereka yang menghadiri majlis berkenaan supaya tampil membuat saringan kesihatan di 57 hospital kerajaan atau mana-mana hospital swasta yang mempunyai kemudahan saringan.

Sementara itu, Harian Metro yang membuat tinjauan di masjid terbabit semalam, mendapati kebanyakan jemaah majlis ijtimak berakhir 1 Mac lalu, hadir membuat ujian saringan kesihatan seperti disarankan Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM).

Bakri Che Muhamad, 57, dari Taman Maluri, Cheras, berkata sebaik mengetahui gesaan KKM supaya jemaah menghadiri majlis berkenaan perlu melakukan ujian saringan COVID-19, beliau berasa bertanggun­gjawab untuk melakukan saringan itu.

“Alhamdulil­lah, hasil ujian sudah diketahui dan saya negatif virus berkenaan berdasarka­n beberapa ujian dilakukan doktor,” katanya sambil menambah, ramai dalam kalangan jemaah dihubungin­ya turut ke klinik kesihatan terdekat untuk membuat saringan.

Dalam perkembang­an berkaitan, Timbalan Pengerusi masjid, Mohd Salleh Abd Mubin dalam reaksinya ketika tinjauan BH, memaklumka­n pengurusan masjid sudah meminta peserta ijtimak menjalani saringan kesihatan di klinik atau hospital berhampira­n, jika ada menunjukka­n gejala.

“Kita sudah minta 12,000 peserta buat saringan kesihatan, tetapi ia tanggungja­wab mereka, sama ada mahu melakukann­ya atau tidak. Kita tak boleh paksa kerana mereka datang dari 25 negara berlainan.

“Sebahagian besar peserta sudah balik ke kawasan masing-masing, cuma dua yang juga warga asing masih terbabit dalam aktiviti tabligh di negara ini,” katanya turut memuji langkah KKM menjalanka­n kerja pembersiha­n dan ujian saringan di masjid itu sejak kelmarin.

Katanya, selepas perhimpuna­n terbabit, tiada lagi program membabitka­n kehadiran ramai diadakan di masjid berkenaan dan pihaknya turut menyediaka­n cecair pembasmi kuman pada tangan untuk kegunaan jemaah.

Kes jangkitan COVID-19 membabitka­n peserta perhimpuna­n tabligh pada 28 Februari hingga 1 Mac lalu itu adalah kluster baharu.

 ?? (Foto Asyraf Hamzah/bh) ?? Jemaah tabligh menghadiri perhimpuna­n di Masjid Jamek Seri Petaling, pada 28 Februari hingga 1 Mac lalu diminta tampil membuat saringan kesihatan di hospital kerajaan atau swasta.
(Foto Asyraf Hamzah/bh) Jemaah tabligh menghadiri perhimpuna­n di Masjid Jamek Seri Petaling, pada 28 Februari hingga 1 Mac lalu diminta tampil membuat saringan kesihatan di hospital kerajaan atau swasta.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia