Berita Harian

Tiada sebab tangguh SUKMA

- Oleh Helmi Talkah helmi.talkah@bh.com.my

Aaron-wooi Yik waspada ancaman rakan senegara

Kuala Lumpur: Beregu lelaki negara, Aaron Chia-soh Wooi Yik tidak rela rakan senegara menjadi pemusnah terhadap misi mereka mengulangi pencapaian mara ke final Seluruh England tahun lalu apabila edisi 2020 kejohanan tertua itu membuka tirainya, hari ini.

Justeru, pasangan nombor satu negara itu tetap berwaspada dengan ancaman Nur Izzuddin Rumsani-goh Sze Fei yang menjadi lawan mereka pada aksi pusingan pertama.

“Ia akan menjadi perlawanan yang sukar memandangk­an kami tahu dengan kekuatan dan kelemahan masing-masing. Kami berlatih bersama setiap hari, siapa yang boleh mempamerka­n prestasi terbaik pada hari perlawanan, kemenangan akan memihak kepada mereka.

“Tiada istilah pasangan nombor satu negara atau pilihan kerana menentang rakan sepasukan sukar untuk diramal. Ia akan sentiasa menjadi perlawanan yang paling sukar,” kata Aaron kepada BH Sukan.

Aaron-wooi Yik yang menghuni ranking nombor lapan dunia hampir bergelar juara edisi tahun lalu apabila mara ke final sebelum tewas dalam aksi tiga set di tangan pasangan Indonesia, Mohamad Ahsan-hendra Setiawan.

Sebagai rekod, kali terakhir Malaysia menjuarai acara beregu lelaki saingan Seluruh England adalah menerusi gandingan Koo Kiean-keat-tan Boon Heong pada 2007.

Aaron, berkata latihan selama dua minggu di Perancis sebagai persiapan menghadapi kejohanan Jelajah Dunia BWF Super 1000 itu memberikan mereka semangat baharu selain lebih fokus.

“Latihan berjalan dengan baik dan kami mengikut program latihan yang biasa. Latihan di sini sangat membantu dan membuatkan kami lebih fokus dengan persekitar­an yang berbeza,” katanya.

Kuantan: Tarikh penganjura­n temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2020 di Johor kekal seperti yang dijadualka­n pada Julai depan, biarpun berdepan ancaman wabak coronaviru­s (COVID-19).

Menteri Besar Johor Datuk Hasni Mohammad, berkata setakat ini tiada sebarang perubahan atau penangguha­n jadual penganjura­n temasya sukan dwitahunan itu.

Namun, Hasni sedia mengadakan pertemuan dengan Menteri Belia dan Sukan baharu, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican bagi membincang­kan penganjura­n SUKMA dan kesan penularan COVID-19.

“Pada masa ini, tiada sebab SUKMA ditangguhk­an kerana penganjura­n sukan itu berjalan mengikut jadual yang ditetapkan Julai depan,” kata Hasni pada sidang media di Wisma Sri Pahang, di sini semalam.

“Saya yakin penganjura­n akan mengutamak­an keselamata­n semua kontinjen yang turut membabitka­n kerjasama Kementeria­n Kesihatan.”

Hasni berkata demikian selepas majlis penyampaia­n watikah jemputan rasmi Kontinjen Pahang sempena SUKMA Johor kepada Menteri Besar Pahang,

Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

SUKMA Johor kali ke-20 dijadualka­n berlangsun­g di tiga daerah – Johor Bharu, Kota Tinggi dan Muar dari 11 hingga 19 Julai depan.

SUKMA 2020 memilih harimau bernama ‘Jimi’ sebagai maskot rasmi yang membawa maksud aktif, ceria dan comel.

Sementara itu, Wan Rosdy berbesar hati dengan kunjungan Kerajaan Johor yang diwakili Menteri Besar untuk menyampaik­an jemputan ke temasya itu.

“Setakat ini, kontinjen Pahang dalam persiapan untuk melakar kejayaan dengan mensasarka­n lebih 20 pingat emas,” kata Wan Rosdy.

 ??  ?? Aaron Chia dan Soh Wooi Yik.
Aaron Chia dan Soh Wooi Yik.
 ??  ?? Hasni Mohammad
Hasni Mohammad
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia