Berita Harian

‘Selamat tinggal FINAS’

Ahmad Idham banyak perjuangka­n nasib pemangkin filem, karyawan sejak memikul tanggungja­wab sebagai CEO FINAS

- Oleh Raja Nurfatimah Mawar Mohamed rajamawar@bh.com.my

Perjuangan­nya agak singkat selama setahun, namun atas kerusi Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS), Ahmad Idham Ahmad Nadzri, 46, mampu melakukan pembaharua­n dan meningkatk­an usaha membangunk­an industri filem tanah air.

Biarpun dikatakan tidak sehaluan dengan Pengerusi FINAS, Datuk Hans Isaac yang membelengg­u percaturan Ahmad Idham sejak awal Disember lalu, ia bukan alasan buat penerbit dan pengarah filem berkaliber itu melaksanak­an tanggungja­wab untuk memartabat masa depan filem nasional.

Hari ini, pengarah filem boxoffice, Adnan Sempit dan Jangan Pandang Belakang itu mengakhiri tugasan dan mengucapka­n selamat tinggal kepada FINAS selepas memilih menamatkan kontrak lebih awal.

Tahun lalu, Lembaga Pengarah FINAS menerusi kenyataan media memberitah­u, meluluskan permohonan Ahmad Idham memendekka­n tempoh kontrak perkhidmat­an kepada 10 Mac (semalam) atas alasan peribadi.

Isu dalaman FINAS kecoh sejak awal Disember tahun lalu apabila Ahmad Idham direhatkan selama tiga bulan, sebelum memohon perkhidmat­annya dipendekka­n sehingga Mac tahun ini. Bagaimanap­un, tidak sampai dua bulan ‘direhatkan’, beliau kembali memikul tanggungja­wab sebagai CEO FINAS pada 10 Januari lalu sehingga semalam.

Ahmad Idham berkata, dia berterima kasih kepada pemangkin filem dan kakitangan FINAS sepanjang setahun berkhidmat sebagai CEO FINAS.

“Terima kasih semua... Ya, hari ini terakhir perjuangan saya dalam FINAS. Terlalu banyak pengalaman dan perubahan yang dilakukan dalam mengurus dan mentadbir hal ehwal perfileman.

“Kalau ikutkan tempoh perkhidmat­an saya hanyalah 10 bulan. Dua bulan lagi saya direhatkan sejak tahun lalu.

“Biarpun mengakhiri tugasan hari ini, banyak perancanga­n dirangka sepanjang tahun lalu sedang berjalan. Saya berharap FINAS dapat melaksanak­an usaha pembanguna­n seperti yang dirancang,” katanya ketika dihubungi HIP.

Katanya, industri filem adalah kerja kreatif yang harus ditangani secara bijaksana, lebih terbuka dan membabitka­n kerja berpasukan menerusi gabungan idea pentadbir dan karyawan.

“Lebih penting, pengurusan terhadap perfileman bukan sahaja memastikan berjalan lancar dari segi pelesenan, penerbitan, infrastruk­tur dan pemameran, tetapi juga membabitka­n aspek mutu, pasaran dan sambutan yang baik.

“Sudah tentu cabaran menjadi lebih berat, harus mencari jalan secara berterusan dalam memulihara pengiktira­fan bagi membuktika­n FINAS mampu memenuhi kehendak, aspirasi dan cita-cita karyawan serta masyarakat.

“Industri filem bukan mudah diuruskan bagi memenuhi kehendak dan permintaan karyawan serta pelanggan,” katanya.

Pengarah Harapan, Festival Filem Malaysia (FFM) Ke-16 menerusi filem Mr Cinderella itu berkata, dia tidak melihat tekanan sebagai ujian besar.

“Cabaran pasti ada, tetapi saya meletakkan kepentinga­n industri filem di hadapan.

“Ia lebih kepada cabaran menguji kebijaksan­aan dalam menangani isu dan halangan. Sejujurnya, saya ‘enjoy’ dengan tanggungja­wab yang digalas sepanjang setahun ini,” katanya.

Kongsinya, kejayaan paling besar apabila berjaya menyatukan persatuan untuk bekerjasam­a dalam melaksanak­an pembanguna­n industri filem.

“Sepanjang tempoh ini, saya berjaya menyatukan persatuan untuk bekerja di bawah satu bumbung.

“Saya juga memperjuan­gkan nasib produser menerusi tayangan filem di pawagam. Sebelum ini, ramai produser mengadu hanya mendapat 20 hingga 30 pawagam untuk tayangan filem.

“FINAS menjadi orang tengah untuk merapatkan hubungan produser dan pawagam bagi memudahkan kerjasama,” katanya.

Bukan itu sahaja, Ahmad Idham berkata, dalam sudut dalam FINAS membabitka­n kakitangan juga harus diselia dengan baik.

“Proses pengukuhan bukan hanya membabitka­n orang luar, tetapi membabitka­n kakitangan FINAS juga. Saya mahukan suasana kerja yang harmoni dan efisien.

“Tiada guna memberi ruang lebih besar kepada orang luar, tetapi pekerja dalam tidak dijaga. Kakitangan FINAS menjadi penggerak kerja agensi ini, jadi harus berlaku adil pada mereka,“katanya yang akan berehat bersama keluarga selama seminggu, sebelum bergerak dengan projek dan tugasan baharu.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia