Berita Harian

Rakyat perlu faham, terima pola perubahan sokongan

-

Perubahan tampuk pentadbira­n pada peringkat Persekutua­n turut mengubah kerajaan di beberapa negeri. Johor, Melaka, Perak dan Kedah antara terkesan dengan tiga daripadany­a kerusi Menteri Besar dipegang wakil Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).

Johor sudah selesai proses perubahan, manakala Melaka, ketua menterinya baru mengangkat sumpah.

Di Perak, Perikatan Nasional (PN) membentuk kerajaan negeri baharu selepas mempunyai 32 kerusi kerajaan. Hanya Kedah masih diterajui Menteri Besar daripada BERSATU yang kekal bersama kerajaan negeri PH.

Untuk mengamati perubahan ini secara mendalam, kita perlu mengimbas semula pemikiran politik pasca krisis ekonomi 1997/98.

Dulu, Malaysia menubuh kerajaan dengan majoriti kukuh dua pertiga di bawah satu gabungan parti sahaja, iaitu Barisan Nasional (BN).

Namun, corak pemikiran pengundi sejak Pilihan Raya Umum (PRU) pada November 1999 mengubah realiti kerajaan majoriti dua pertiga.

PRU-12 memperliha­tkan BN kali pertama gagal mendapat dua pertiga kerusi di Parlimen, termasuk beberapa Dewan Undangan Negeri (DUN).

Dahulunya, wujud pemikiran kita tidak memerlukan kerajaan majoriti dua pertiga kerana dibimbangi terlalu kuat hingga menenggela­mkan suara rakyat dan tiada penyemak imbang kuat dalam Parlimen.

Justeru, usaha memperkuat­kan blok pembangkan­g di dewan legislatif sama ada di pusat mahupun negeri digerakkan.

Ini natijah blok kerajaan dan pembangkan­g sama kuat sehingga peralihan parti dengan kerusi signifikan membawa dua kesan besar, iaitu kerajaan sekelip mata menjadi pembangkan­g dan pembangkan­g seolah-olah mendapat ‘cabutan bertuah’ bertukar sebagai kerajaan.

Dogma pemikiran kerajaan kuat menjadi diktator dan pembangkan­g kuat ialah demokrasi, menjerat politik Malaysia sejak 2008 dengan kini kesan lebih dirasai dalam persekitar­an politik ekonomi negara.

Soal ‘lompat parti’ dalam kalangan Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) hingga ada kalanya menyebabka­n kerajaan bertukar bukan kesalahan, bahkan diperakuka­n dalam pengamalan demokrasi. Hak mereka selepas memenangi kerusi adalah sah selama lima tahun selagi hayat Parlimen atau DUN ada.

Ke mana pun parti, kelompok atau individu berpindah selera politik mereka, tindakan itu dalam kerangka perundanga­n demokrasi sah.

Selagi perundanga­n benarkan dan tiada kesalahan, maka dikira sah dan demokratik. Warga Malaysia perlu menerima keputusan dan pola perubahan ini. Jadi terserah kepada parti dan anggota itu menerangka­n kepada rakyat supaya faham apa berlaku.

Rakyat perlu faham selagi ada sokongan majoriti mana-mana parti atau kelompok kumpulan, mereka layak menjadi kerajaan atau mengubah kerajaan negeri jika terbukti sokongan jelas diperoleh walaupun kelebihan hanya satu kerusi.

Di Perak contohnya, PH masih kerajaan hingga pengumuman dibuat Menteri Besar daripada BERSATU bersama wakil rakyat BN dan PAS untuk PN menubuh kerajaan baharu. Secara teknikal, selagi tiada mana-mana ADUN Perak umum keluar PH, mereka berfungsi sebagai kerajaan sah.

Kes sama juga secara teknikal berlaku di Kedah. Walaupun BERSATU pada peringkat Pusat menubuhkan Kerajaan Persekutua­n yang baharu bersama anggota PN, jika anggota Dewan sama ada di Parlimen atau DUN tidak mengikuti arahan parti, ia tetap sah.

Arahan parti hanya undang-undang parti, bukan perundanga­n negara. Jadi tidak hairan jika semua ADUN Kedah daripada BERSATU kekal bersama PH dan terus menerajui kerajaan negeri sehingga PN di negeri selesai memuktamad­kan kerjasama.

Selagi mana persoalan dan rasa hati ADUN BERSATU di Kedah tidak dihayati, saya fikir mungkin PH akan terus kekal di negeri itu. Maka PAS yang ada dominasi 15 kerusi DUN Kedah pun akan kekal pembangkan­g.

Namun, dalam ketika dan situasi kini, jangan seolah terlalu dilihat rakus kuasa dan kedudukan oleh rakyat. Kompromi mungkin akan mengubah situasi.

Ini ujian kuasa kepada UMNO, PAS serta BERSATU. Rakyat sedang lihat bagaimana proses kebijaksan­aan penyelesai­an konflik dilakukan. Moga kestabilan dan kemakmuran kekal di Malaysia.

Soal ‘lompat parti’ dalam kalangan Ahli Parlimen dan ADUN hingga ada kalanya menyebabka­n kerajaan bertukar bukan kesalahan, bahkan diperakuka­n dalam pengamalan demokrasi.

Rakyat perlu faham selagi ada sokongan majoriti mana-mana parti atau kelompok kumpulan, mereka layak menjadi kerajaan atau mengubah kerajaan negeri jika terbukti sokongan jelas diperoleh walaupun kelebihan hanya satu kerusi.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia