Berita Harian

MB mahu bumbung stadium diperbaiki

-

Kuala Lumpur: Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) dan penyokong Red Giants boleh menarik nafas lega selepas isu kerosakan bumbung Stadium Shah Alam mendapat perhatian Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.

Amirudin menerusi laman Twitter menjelaska­n beliau sudah mengarahka­n Darul Ehsan Facilities Management (DEFM) mengadakan perbincang­an untuk membaik pulih bumbung gelanggang keramat Red Giants itu.

“Mengenai isu bumbung Stadium Shah Alam, saya sudah mengarahka­n pihak DEFM bagi berbincang dengan pihak MBI (Pemerbadan­an Menteri Besar Selangor) dan PNSB (Permodalan Negeri Selangor Berhad) untuk memulihkan bumbung stadium bagi kesejahter­aan dan keselamata­n penyokong Merah Kuning menjelang musim baharu ini,” katanya.

Sebelum ini, media melaporkan juara Piala Malaysia 33 kali itu mungkin terpaksa melupakan aksi awal Liga M musim ini di Stadium Shah Alam susulan kerosakan bumbung yang boleh mengancam keselamata­n penonton.

Terdahulu, pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Liga Bolasepak Malaysia (MFL), Datuk Ab Ghani Hassan mencadangk­an FAS mendapatka­n kepastian daripada pakar mengenai keadaan sebenar tahap kerosakan bumbung Stadium Shah Alam.

Katanya, langkah itu bagi memastikan sama ada gelanggang keramat Red Giants itu selamat untuk digunakan atau sebaliknya.

“Kalau boleh FAS dapatkan kepastian daripada pihak seperti JKR (Jabatan Kerja Raya) atau perbadanan stadium untuk menyatakan bumbung stadium itu boleh digunakan atau tidak.

“Mengenai aspek lain termasuk padang dan sebagainya boleh digunakan untuk perlawanan Liga M. Tapi dari segi bumbung ada sedikit kerosakan yang mana MFL anggap sebagai kerisauan bagi kami,” katanya.

 ??  ?? Kerosakan bumbung Stadium Shah Alam mengancam keselamata­n penonton.
Kerosakan bumbung Stadium Shah Alam mengancam keselamata­n penonton.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia