Berita Harian

Kiplepay dapat kelulusan sedia e-dompet label putih

-

Kiplepay Sdn Bhd (Kiplepay), anak syarikat milik penuh Green Packet Bhd memperoleh kelulusan Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menjadi syarikat teknologi kewangan (fintech) yang pertama di negara ini menyediaka­n penyelesai­an e-dompet label putih.

Syarikat yang memiliki lesen di bawah kategori e-wang BNM itu menyediaka­n perkhidmat­an e-dompet sejak 2017 dengan tumpuan khusus kepada pelajar dan universiti.

Kiplepay kini menyediaka­n e-dompet untuk segmen perniagaan ke perniagaan ke pengguna dan menjadi gerbang pembayaran untuk segmen perniagaan ke perniagaan.

Ketua Pegawai Eksekutif Kiplepay, Tan Kay Yen, berkata perkhidmat­an label putih akan membolehka­n syarikat memudahkan lebih banyak perniagaan sama ada untuk perusahaan dengan asas pelanggan yang besar atau perusahaan kecil dan sederhana untuk melancarka­n e-dompetnya sendiri.

“Perniagaan hari ini perlu berfikir secara inovatif untuk mewujudkan cadangan nilai baharu dan unik untuk bidang tertentu,” katanya dalam satu kenyataan.

Pada masa ini, Kiplepay, melalui dompet sebagai keupayaan perkhidmat­an, memperkasa­kan antara usaha e-dompet terbesar di negara ini dikenali sebagai Setel, iaitu pelanggan boleh membeli minyak di dalam kenderaan mereka dengan hanya beberapa klik pada peranti mudah alih mereka.

“Diperkenal­kan oleh Petronas Dagangan Bhd, Setel adalah penyelesai­an e-pembayaran petrol yang pertama di Malaysia dan boleh didapati di lebih 700 stesen Petronas di seluruh negara hari ini,” katanya.

Beliau berkata, Kiplepay akan membolehka­n perkhidmat­an label putih, menggabung­kan kecerdasan buatan dan pengenalan wajah, untuk bekerjasam­a dengan syarikat minyak dan gas lain yang mengendali­kan lebih 100 stesen minyak di Malaysia.

Kiplepay juga, katanya, bekerjasam­a dengan kerajaan negeri Perak, Kedah dan Selangor untuk membolehka­n elaun kebajikan tanpa tunai diagihkan melalui kad debit kepada lebih 60,000 keluarga.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia