Berita Harian

‘Taburan hujan tidak memuaskan’

-

Melaka: Operasi Pembenihan Awan (OPA) bagi mengatasi masalah bekalan air yang dilaksanak­an di sini, semalam tidak memberikan hasil yang memuaskan kerana ia hanya membawa hujan lebat di kawasan laut, kata EXCO Kerja Raya, Pengangkut­an dan Kemudahan Awam Melaka, Datuk Mohd Sofi Abdul Wahab.

Bagaimanap­un katanya, beberapa kawasan sasaran seperti Sungai Batang Melaka, Empangan Jus dan kawasan tadahan air di daerah Alor Gajah, berjaya menerima taburan hujan hasil operasi itu.

“Kita akan meneruskan OPA hari ini (semalam) berdasarka­n cadangan dan nasihat Jabatan Meteorolog­i, bergantung kepada keadaan awan dan angin. OPA akan dimulakan sebaik sahaja keadaan mengizinka­n dan ia memakan masa lebih kurang dua jam,” katanya menerusi satu kenyataan di sini, semalam.

“Kita mengharapk­an OPA akan lebih berjaya berbanding kelmarin dari segi taburan hujan dan lokasi turun. Sama-sama kita berdoa dan bertawakal selepas kita berusaha semaksima mungkin,” menurut kenyataan itu.

Pada 29 Januari lalu, Melaka melaksanak­an catuan bekalan air harian membabitka­n 550,673 orang,

Kita harapkan OPA lebih berjaya berbanding kelmarin dari segi taburan hujan, lokasi turun.

Mohd Sofi Abdul Wahab, EXCO Kerja Raya, Pengangkut­an dan Kemudahan Awam Melaka

iaitu 62.8 peratus penduduk untuk memastikan bekalan air mencukupi bagi menghadapi cuaca panas kering dalam fasa kedua Monsun Timur Laut yang dijangka berakhir Mac ini.

Catuan air di Melaka memasuki fasa kedua bermula semalam hingga 23 Februari selepas fasa pertama selama 12 hari. BERNAMA

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia