Berita Harian

Rumah pegawai kastam dibaling bom petrol, dipercayai ada kaitan rampasan ketum

Polis dakwa serangan ada kaitan rampasan ketum

- Oleh Nor Fazlina Abdul Rahim nfazlina@nstp.com.my

Tumpat: Polis tidak menolak kemungkina­n kediaman pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) yang diserang dengan bom botol atau ‘molotov cocktail’ di Kampung Perupok, awal pagi semalam, ada kaitan dengan rampasan ketum.

Timbalan Ketua Polis Kelantan, Senior Asisten Komisioner Abdullah Mohammad Piah, berkata siasatan menyeluruh akan dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian.

“Memandangk­an mangsa adalah pegawai JKDM, kita tidak menolak kemungkina­n kejadian berlaku ada kaitan dengan tugasannya. Kes rampasan ketum di Pasir Mas baru-baru ini yang dikendalik­an mangsa juga akan disiasat,” katanya.

Terdahulu, dalam kejadian 2.45 pagi tadi, kediaman pegawai JKDM diserang dengan dibaling bom petrol oleh individu tidak dikenali, dipercayai angkara khianat.

Dalam kejadian awal pagi tadi, abang ipar mangsa yang berada di rumah menyedari bunyi letupan sebelum melihat kereta sudah terbakar. Mangsa yang bertugas di Unit Operasi, Bahagian Penguatkua­saan JKDM Kota Bharu tiada di rumah ketika itu.

Abdullah berkata, mangsa menghubung­i bomba untuk bantuan, pada masa sama, penduduk melihat dua lelaki bermotosik­al dalam keadaan kelam kabut.

“Kejadian ini mungkin dilakukan penunggang motosikal berkenaan dan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan iaitu khianat dengan api,” katanya pada sidang media di lokasi kejadian di sini, semalam.

Yang turut hadir, Ketua Polis

Daerah Tumpat, Superinten­dan Abdul Rashid Daud.

Mengulas lanjut, Abdullah berkata, pemeriksaa­n pihaknya menemui pemetik api dan botol berbau petrol dan pihaknya sudah menyerahka­n kepada bomba untuk siasatan lanjut.

Akibat kejadian itu, mangsa kerugian RM150,000 berikutan 90 peratus garaj kereta terbakar dan dua buah kereta, iaitu Mitsubishi Triton dan Toyota Yaris turut musnah.

Kes rampasan ketum di Pasir Mas baru-baru ini yang dikendalik­an mangsa juga akan disiasat.

Abdullah Mohammad Piah, Timbalan Ketua Polis Kelantan

 ??  ??
 ?? (Foto Nor Fazlina Abdul Rahim /BH) ?? Abdullah Mohammad (kiri) meninjau kediaman pegawai kastam yang dibaling bom petrol di Kampung Perupok, di Tumpat, semalam.
(Foto Nor Fazlina Abdul Rahim /BH) Abdullah Mohammad (kiri) meninjau kediaman pegawai kastam yang dibaling bom petrol di Kampung Perupok, di Tumpat, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia