Berita Harian

PERSPEKTIF

Gunung Pulai gamit pelancong gamit keindahan semula jadi batu kapur

- Oleh Safuri Kamarudin bminggu@bh.com.my

Selain Gunung Baling yang sering dikunjungi pengunjung, Gunung Pulai yang terletak bersebelah­annya juga menjadi mercu pelanconga­n baharu di Baling, Kedah untuk dikunjungi kerana banyak khazanah alam wajar diterokai.

Bentuk muka bumi dan geografi yang menarik juga menyimpan gua-gua yang melakar sejarah sebagai destinasi pelanconga­n yang baharu.

Gunung Pulai yang terletak di Mukim Pulai, di daerah Baling, adalah gunung kedua tertinggi di Kedah selepas Gunung Jerai.

Dengan ketinggian 620 meter, gunung berbatu kapur semula jadi memiliki tarikan tersembuny­i yang tidak banyak diketahui ramai.

Laluan ekstrem pendaki

Gunung Pulai dikeliling­i oleh empat kampung iaitu Kampung Paya, Kampung Tanjung Merbau, Kampung Sungai Limau dan Kampung Dalam Wang.

Pengunjung boleh masuk melalui Kampung Paya dan Sungai Limau dan dapat merasai melalui jambatan gantung sepanjang 10 meter untuk ke kaki gunung.

Koordinat puncak tertinggi dengan ketinggian 620 meter menjadi tarikan seluruh Malaysia dan luar negara di mana laluan mendaki 80 peratus adalah berbatu dan boleh mencapai 70 darjah kecondonga­n menjadi laluan ekstrem bagi penggemar hobi mendaki.

Pemandanga­n yang indah sepanjang laluan utama ke Pekan Baling tersergam menjadi tarikan kepada pengunjung.

Lihat khazanah asli

Penghulu Mukim Pulai, Badrul Hisham Che Li, berkata selain pemandanga­n Gunung Pulai yang indah dikeliling­i sawah padi ia juga mempunyai lapan gua yang masih kekal dengan keaslian semula jadi.

Beliau berkata, selain disusuri sebahagian Sungai Ketil turut menjadikan Gunung Pulai cukup istimewa sebagai khazanah alam yang unik.

“Daripada lapan gua terbabit Gua Tok Sheikh dianggap paling menarik kerana dikatakan menjadi bukti kewujudan kelompok manusia ketika zaman prasejarah sekitar 6,000 hingga 8,000 tahun sebelum masihi.

“Selain Gua Tok Sheikh yang menyimpan pelbagai artifak prasejarah, tujuh lagi gua yang menghuni Gunung Pulai ini ialah Gua Layang, Gua Gelap, Gua Kelambu, Gua Tembus, Gua Matahari, Gua Kambing dan Gua Ikan,” katanya.

 ??  ??
 ?? (Foto Ihsan Mohd Faizal Mohd Razali) ?? Pemandanga­n Gunung Pulai yang menjadi tarikan pelancong dalam dan luar kerana keindahan semula jadi.
(Foto Ihsan Mohd Faizal Mohd Razali) Pemandanga­n Gunung Pulai yang menjadi tarikan pelancong dalam dan luar kerana keindahan semula jadi.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia