Berita Harian

Pelancong China di Malaysia diberi pas khas

-

Kuala Lumpur: Pelancong warga China masih berada di Malaysia kerana mempunyai masalah kesihatan atau gagal mendapatka­n penerbanga­n keluar dari negara ini, akan diberikan pas khas.

Ketua Pengarah Jabatan Imigresen (Imigresen), Datuk Khairul Dzaimee Daud, berkata pas khas itu hanya boleh diperoleh selepas mendapat perakuan daripada Kedutaan China susulan sekatan perjalanan dikenakan ke atas pelawat China, dari Wilayah Hubei termasuk Wuhan, susulan penularan coronaviru­s (2019-ncov).

“Bagi pelancong masih berada dalam negara ini, visa mereka tidak akan dilanjutka­n kecuali mempunyai masalah kesihatan atau gagal mendapatka­n penerbanga­n keluar.

“Berkuat kuasa 27 Januari lalu, mereka (pelancong) mesti datang ke pejabat Imigresen bersama tiket penerbanga­n keluar dan mendapatka­n perakuan daripada Kedutaan China untuk memohon pas khas berkenaan,” katanya selepas mengetuai operasi penguatkua­saan di sebuah pangsapuri di

Ara Damansara di sini, semalam.

Mengulas lanjut, beliau berkata penerima pas khas itu diberi tempoh 14 atau 30 hari untuk berada di negara ini mengikut tarikh penerbanga­n keluar.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, dalam satu kenyataan sebelum ini berkata, sekatan perjalanan ke Malaysia dikenakan ke atas pelawat China dari Wilayah Hubei, termasuk Wuhan, akan diperluask­an meliputi wilayah lain

Pas khas itu hanya boleh diperoleh selepas mendapat perakuan daripada Kedutaan China.

selepas dikenakan sekatan pergerakan keluar masuk (lockdown) oleh kerajaan China.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankua­sa Pengurusan Bencana

Negara, memaklumka­n langkah itu diputuskan selepas mengambil kira status semasa penularan coronaviru­s.

Dr Wan Azizah turut memaklumka­n Imigresen mengambil tindakan sekatan perjalanan sebaik sahaja kerajaan China mengisytih­arkan sesebuah wilayah di lockdown. BERNAMA

 ?? (Foto BERNAMA) ?? Khairul Dzaimee (dua dari kanan) memeriksa pas warga asing dalam operasi Damansara, Kuala Lumpur, semalam. di sebuah pangsapuri di Ara
(Foto BERNAMA) Khairul Dzaimee (dua dari kanan) memeriksa pas warga asing dalam operasi Damansara, Kuala Lumpur, semalam. di sebuah pangsapuri di Ara
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia