Berita Harian

Perjuangan tuntut kebebasan harus diteruskan

-

Pelan Damai Asia Barat hanyalah satu lagi penindasan Israel terhadap Palestin yang dijenamaka­n semula dengan kesannya tetap sama, iaitu menyebabka­n penderitaa­n buat rakyat Palestin.

Sehubungan itu, Penasihat Jawatankua­sa Pengurusan Persidanga­n Liga Ahli Parlimen al-quds Ke-3, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata perjuangan menuntut kebebasan rakyat Palestin harus diteruskan dan tidak boleh ‘dihalang’ dengan kewujudan pelan damai oleh Amerika Syarikat (AS).

Katanya, Malaysia turut melahirkan rasa gembira dengan keputusan Liga Arab, Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) yang menolak perjanjian terbabit, sekali gus menunjukka­n komuniti global melihat dan mendengar kesengsara­an Palestin.

“Tiada kesepakata­n apabila kesepakata­n itu tidak baik. Malaysia berdiri teguh bersama Liga Arab, OIC dan PBB yang mengambil sikap tegas dalam menolak pelan ini.

“Penindasan di bawah nama lain, termasuk Deal Of The Century tidak kurang deritanya bagi yang tertindas,” katanya ketika berucap pada Persidanga­n Liga Ahli Parlimen Untuk al-quds Ke-3, semalam.

Saifuddin yang juga Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, berkata sesuatu perjanjian tidak boleh berlaku sekiranya ia hanya menyebelah­i sebelah pihak serta di bawah paksaan yang menyebabka­n ketakutan berterusan terhadap pihak yang tertindas.

“Ia seperti seorang pencuri melarikan barangan mangsa, namun mengembali­kan saki bakinya dan mendakwa mereka akan memberi pampasan,” katanya.

Katanya, bantuan antarabang­sa kepada Palestin mesti dibenarkan dan tekanan terhadap organisasi bantuan seperti PBB perlu dihentikan bagi membolehka­n penduduk Palestin menerima perkhidmat­an kesihatan dan pendidikan.

“Kita perlu menangani kesejahter­aan rakyat Palestin kerana kesihatan, pendidikan dan kehidupan seharian mereka terancam. Kemudahan asas perlu dibina semula.

“Saya menggesa komuniti antarabang­sa untuk membantu memastikan kebajikan dasar dan hak asasi penduduk Palestin dilindungi ketika mereka berusaha merundingk­an penyelesai­an adil untuk perjuangan mereka,” katanya.

Beliau berkata, menjadi tanggungja­wab semua pihak juga untuk menangani masyarakat diaspora Palestin berikutan ramai dalam kalangan mereka tidak boleh kembali ke tanah air dan pada dasarnya tidak mempunyai kerakyatan.

“Saya tahu rakyat Palestin ini tidak meminta bantuan kebajikan, mereka hanya mahu diberi peluang untuk memiliki tempat tinggal supaya dapat membina semula kehidupan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia