Berita Harian

Kamera banteras pemburu haram harimau Malaya

Penggunaan teknologi di Royal Belum bantu perangi jenayah hidupan liar

- Oleh Saadiah Ismail saadiah_ismail@bh.com.my

Kuala Lumpur: Penceroboh­an atau pemburuan untuk perdaganga­n komersial secara haram harimau Malaya adalah satu ancaman serius dan jenayah kepada alam sekitar hingga menyebabka­n spesies ini hampir pupus serta kehilangan habitat berhutan.

Menurut laporan World Wildlife Funds Malaysia (Wwf-malaysia), terdapat kira-kira 3,000 ekor harimau Malaya (Panthera tigris jacksoni) di negara ini pada tahun 1950-an, namun menurun secara mendadak kepada kurang daripada 200 harimau.

Menyedari ia perlu diatasi, Wwf-malaysia dan Perbadanan Taman Negeri Perak (PTNP) menjalanka­n kerjasama dengan pusat penyelidik­an dan pembanguna­n negara, MIMOS bagi membangunk­an penyelesai­an teknologi khususnya di Royal Belum, yang dikenali sebagai Sistem Pengawasan Royal Belum WWF.

Ketua Konservasi (Semenanjun­g Malaysia) Wwf-malaysia, Norizan Mohd Mazlan, berkata Royal Belum dipilih kerana ia menjadi antara lokasi tumpuan pemburu haram.

Kawasan khusus yang menjadi tumpuan ialah di Kompleks Hutan Belum-temenggor di Perak, iaitu kawasan seluas kira-kira 3,000 kilometer persegi yang meliputi Taman Negeri Royal Belum, Hutan Simpan Temenggor, Hutan Simpan Banding dan Hutan Simpan Amanjaya.

Katanya, justeru tindakan dilakukan oleh pihaknya ialah dengan meletakkan sistem pengawasan di pintu masuk Royal Belum melalui Tasik Temenggor sebagai langkah pemantauan dan penguatkua­saan.

“Ia bertujuan untuk mengurangk­an pemburuan haram terhadap spesies mamalia besar di Royal Belum, selain PTNP turut mempunyai 32 renjer, di mana kira-kira 10 daripadany­a ditugaskan untuk meronda kawasan perlindung­an ini.

“Sistem pengawasan itu meliputi dua jenis kamera pengawasan yang ditempatka­n di pusat pemeriksaa­n renjer di Royal Belum, iaitu kamera menggunaka­n teknologi analitik video untuk pemantauan bot dan kamera resolusi rendah untuk penstriman langsung.

“Kamera berkenaan akan disambungk­an ke aplikasi mudah alih Komuniti Pintar (Intelligen­t Community-icomm) yang dibangunka­n oleh MIMOS untuk membolehka­n renjer memantau kawasan terlindung melalui telefon bimbit.

“Bot yang keluar dan masuk juga akan diperiksa serta dirakam oleh sistem video analitik, tetapi jika gagal berhenti untuk pemeriksaa­n, siren akan diaktifkan di aplikasi icomm untuk tindakan renjer,” katanya.

Norizan berkata, sebelum ini, Wwf-malaysia turut menubuhkan Unit Anti Pemburuan Haram sejak Oktober 2008 dan statistik dari tahun 2016 hingga 2018 menunjukka­n, sejumlah 225 perangkap aktif dikenalpas­ti dan dinyahakti­fkan oleh unit itu, di mana kebanyakan­nya ditemui di dalam dan di sekitar Royal Belum.

“Walaupun pendekatan itu secara tidak langsung membantu melemahkan semangat pemburu haram untuk menceroboh Royal Belum, terdapat keperluan kritikal untuk penggunaan teknologi dalam memerangi jenayah hidupan liar.

“Disebabkan itu kami menjalanka­n kerjasama bersama MIMOS dan beralih kepada pendekatan teknologi untuk mengesan aktiviti haram dengan lebih baik menerusi sistem pengawasan video yang canggih untuk mudah mengakses serta-merta dari jauh.

“Diharap penyelesai­an teknologi ini dapat memudahkan proses pemantauan dan meningkatk­an penguatkua­saan di Royal Belum, selain dapat menangani masalah tenaga kerja yang terhad dan berpotensi mengurangk­an jumlah aktiviti pemburuan haram,” katanya.

Ia bertujuan mengurangk­an pemburuan haram terhadap spesies mamalia besar di Royal Belum. PTNP mempunyai 32 renjer, di mana kira-kira 10 daripadany­a ditugas meronda kawasan perlindung­an ini.

 ??  ??
 ??  ?? Pemasangan Sistem Pengawasan Royal Belum WWF.
Pemasangan Sistem Pengawasan Royal Belum WWF.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia