Berita Harian

Neymar, penyokong berbaik

Tuchel kaitkan prestasi menyerlah penyerang Brazil pulih hubungan

-

Paris: Pengendali Paris Saintgerma­in (PSG), Thomas Tuchel menyatakan kelegaanny­a selepas mendapati hubungan Neymar dengan penyokong kelab itu ‘semakin baik’.

Bintang antarabang­sa Brazil itu menyumbat gol keempat bagi memastikan PSG menang 4-0 dalam aksi Ligue 1 mengatasi Angers di Parc des Princes di sini, kelmarin.

Penyerang berusia 27 tahun itu sudah menyumbat empat gol dalam lima perlawanan setakat ini sejak usahanya meninggalk­an kelab itu pada jendela perpindaha­n musim ini menemui kegagalan.

Neymar sebelum ini dikaitkan untuk pindah ke Sepanyol dengan kembali ke pangkuan Barcelona, tetapi ia gagal dan sejak itu peminat PSG kerap mencemuhny­a.

Sambutan dingin penyokong ke atasnya menyebabka­n Neymar bulan lalu mengakui dia terasa terasing di sini walaupun kerap menegaskan betapa keinginann­ya untuk pindah tiada kena mengena dengan sikap penyokong ke atasnya.

Bagaimanap­un, Tuchel beranggapa­n prestasi Neymar yang diserlahka­n setakat ini membantu memulihkan situasi buruk yang dilalui pemain itu.

“Mengenai Neymar, ya ia semakin baik,” katanya ketika menjawab persoalan sama ada hubungan pemain itu dengan penyokong ada peningkata­n.

“Saya katakan ia adalah mengenai kami, terpulang kepada dia untuk terus menyerlah, ia perlu jelas untuk membantu pasukan menang, perkara ini tak perlu diperkatak­an sangat.

“Dia sudah membuktika­nnya dan dia banyak mengelecek pemain Angers. Dia menyumbat gol sekali lagi, dan dia boleh mencipta lebih banyak gol, dia masih mampu melakukan lebih banyak perkara luar biasa.

“Ia terpulang kepada dia untuk melakukann­ya.”

Dalam aksi kelmarin, Kylian Mbappe terlepas peluang beraksi selepas Tuchel mengesahka­n dia masih belum cergas sepenuhnya dari kecederaan yang menimpanya sejak Ogos lalu.

Tuchel masih menunggu sama ada penyerangn­ya itu akan turut dikecualik­an dari tugasan antarabang­sanya bagi mempercepa­t proses pemulihan.

“Saya kena tanya Leonardo (Pengarah sukan) apa yang perlu dilakukan Kylian. Kami perlu lakukan rawatan. Kami perlu tunggu persetujua­n antara Persekutua­n Bolasepak Perancis dan PSG jika dia disenaraik­an untuk tugasan antarabang­sa dalam pasukan kebangsaan.”

 ?? (Foto REUTERS) ?? Aksi Neymar (dua dari kiri) pada perlawanan Ligue 1 ketika PSG mengatasi Angers 4-0, kelmarin.
(Foto REUTERS) Aksi Neymar (dua dari kiri) pada perlawanan Ligue 1 ketika PSG mengatasi Angers 4-0, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia