Berita Harian

Menteri Indonesia mohon maaf

Sifatkan persahabat­an erat 2 negara tak boleh rosak kerana bola sepak

-

Kuala Lumpur: Menteri Pemuda dan Olahraga Indonesia, Imam Nahrawi memohon maaf atas insiden kekecohan penyokong skuad Garuda ketika aksi kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023 antara Indonesia dan Malaysia di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta, semalam.

Permohonan maaf itu dibuat beliau selepas mengadakan pertemuan dengan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman di Jakarta, semalam.

Menurut laporan media Indonesia, detik.com, tindakan ganas penyokong tuan rumah bermula sebelum perlawanan lagi selepas segelintir daripada mereka didakwa membaling objek keras kepada kumpulan penyokong Malaysia yang tiba di stadium terbabit.

Malah, kekecohan itu berlanjuta­n ketika perlawanan dan selepas tamat permainan dengan keadaan lebih buruk apabila skuad Garuda tewas 2-3 kepada Malaysia yang menyaksika­n penyokong skuad Harimau Malaya sukar untuk meninggalk­an stadium.

“Pagi ini (semalam), saya membuat permohonan maaf bagi rakyat dan kerajaan Indonesia kepada Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq atas peristiwa yang tidak baik yang kita semua saksikan,” kata Imam.

“Bola sepak akan terus menyatukan

Bola sepak akan terus menyatukan kita semua di muka bumi ini, persahabat­an erat antara Indonesia dan Malaysia tidak boleh dirosakkan kerana bola sepak.

kita semua di muka bumi ini, persahabat­an erat antara Indonesia dan Malaysia tidak boleh dirosakkan kerana bola sepak.”

Kerajaan Indonesia juga mengirimka­n surat permohonan maaf secara rasmi kepada kerajaan Malaysia.

Sementara itu, Syed Saddiq memberi reaksi positif atas permohonan maaf daripada kerajaan Indonesia dan memberi jaminan keselamata­n terhadap penyokong skuad Garuda bagi aksi timbal balik kedua-dua pasukan di Kuala Lumpur pada November ini.

“Pertama, saya ucapkan terima kasih. Kami harus bersama untuk menyelesai­kan masalah ini. Kami menolak budaya gengsteris­me, kami akan pastikan bola sepak menyatupad­ukan kita semua, bukan memisahkan,” katanya.

Imam Nahrawi, Menteri Pemuda dan Olahraga Indonesia

 ?? (Foto instagram/@nahrawi_imam) ?? Syed Saddiq bersama Imam Nahrawi (kanan) di Jakarta, semalam.
(Foto instagram/@nahrawi_imam) Syed Saddiq bersama Imam Nahrawi (kanan) di Jakarta, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia