Berita Harian

PD perintis gabung bil air, pembetunga­n

Cadangan dikemukaka­n kepada kerajaan negeri dalam masa terdekat

- Azzman@bh.com.my

Oleh Azzman Abdul Jamal Port Dickson: Kementeria­n Air, Tanah dan Sumber Asli bercadang menjadikan Port Dickson (Pd)sebagai perintis projek penggabung­an bil air dan pembetunga­n di negeri ini.

Menterinya, Dr Xavier Jayakumar, berkata cadangan itu akan dikemukaka­n kepada kerajaan negeri dalam masa terdekat dalam usaha menangani isu tunggakan bayaran bil pembetunga­n oleh pengguna.

Katanya, penggabung­an bil berkenaan dijangka mampu meningkatk­an semula hasil kutipan bil pembetunga­n oleh Indah Water Konsortium Sdn Bhd (IWK).

“Port Dickson boleh jadi sebagai projek perintis untuk penggabung­an kedua-dua bil ini. Cadangan akan dibincang bersama kerajaan negeri kerana hanya mereka yang boleh luluskan kaedah pembayaran ini.

“Saya beri jaminan tiada kenaikan tarif air atau pembetunga­n, hanya jumlah bil dicantumka­n. Buat masa ini, bayaran kedua-dua bil ini dibuat secara berasingan.

“Kaedah ini hanya dilaksanak­an di Labuan dan kita boleh lihat keberkesan­annya apabila bayaran kedua-dua bil dapat dikutip dengan lebih berkesan,” katanya pada sesi lawatan kerja ke Loji Rawatan Kumbahan Serantau Sunggala, di sini, semalam.

Hadir sama, Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Timbalan Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Datuk Zunirah Pawanteh; Pengerusi IWK, Amiruddin Abdul Aziz dan Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Narendran Maniam.

Mengulas lanjut, Dr Xavier berkata, sekiranya kaedah itu berjaya dilaksanak­an di Port Dickson, kerajaan pertimbang untuk meluaskan kaedah pembayaran bil itu di seluruh negara.

Sementara itu, beliau menggesa semua premis komersial dan hotel di daerah itu untuk membuat sambungan kepada sistem pembetunga­n awam supaya air kumbahan dapat dirawat dengan berkesan dan tidak menyebabka­n pencemaran sungai atau pantai.

“Terdapat dua loji rawatan IWK di Bandar Port Dickson dan Sunggala yang mampu menampung 210,000 kapasiti pengguna dan hanya seperuh daripada kapasiti itu digunakan setakat ini.

“Cadangan di Port Dickson adalah menjadikan ia sebagai kawasan contoh di Negeri Sembilan. Saya minta kerjasama kerajaan negeri untuk pastikan semua premis termasuk hotel, pusat komersial dan kediaman mempunyai sambungan kepada loji rawatan IWK,” katanya.

 ?? (Foto Iqmal Haqim Rosman/bh) ?? Xavier melihat air selepas dirawat pada lawatan kerja semalam. ke Loji Rawatan Kumbahan Serantau di Port Dickson,
(Foto Iqmal Haqim Rosman/bh) Xavier melihat air selepas dirawat pada lawatan kerja semalam. ke Loji Rawatan Kumbahan Serantau di Port Dickson,
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia