Berita Harian

FBM KLCI naik 4.72 mata

Prestasi positif pasaran saham serantau pengaruhi sentimen pelabur

-

Bursa Malaysia ditutup tinggi semalam, sejajar dengan sentimen positif pasaran saham serantau berikutan pelabur kekal optimis dengan unjuran ekonomi global, kata peniaga.

Penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 4.72 mata kepada 1,604.47 semasa urus niaga ditutup selepas diniagakan antara 1,599.75 dan 1,606.40 sepanjang hari ini. Barometer pasaran dibuka 1.91 mata lebih tinggi pada 1,601.66.

Naib Presiden Kanan (Pelaburan) Phillip Capital Management, Datuk Dr Nazri Khan Adam Khan, berkata pelabur positif dengan unjuran baik pada peringkat global dan jangkaan permintaan lebih tinggi daripada India terhadap minyak sawit mentah (MSM) pada masa depan.

“Secara keseluruha­nnya, ber

landskap teknikal semasa, kami berpandang­an bursa tempatan masih dalam proses untuk pulih. Paras sokongan kukuh adalah antara 1,600 hingga 1,572 mata. Namun paras rintangan segera kekal antara 1,620 dan 1,680 mata, diikuti had paras rintangan psikologi pada 1,700 mata,” katanya.

Sementara itu, seorang lagi peniaga berkata, pasaran Asia berada pada aliran menaik semalam, sejajar dengan sentimen pasaran global, dirangsang oleh data ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang kukuh dan mesyuarat bulan depan antara perunding AS dan China yang menandakan ketegangan perdaganga­n semakin reda.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank naik satu sen kepada RM8.75, TNB menokok dua sen kepada RM13.82, Petronas Chemicals melonjak 12 sen kepada RM7.00, IHH Healthcare naik empat sen kepada RM5.80 manakala Public Bank turun empat sen kepada RM20 .20.

Bagi saham aktif, Priceworth Internatio­nal naik setengah sen kepada lima sen, GD Express menokok satu sen kepada 29.5 sen, manakala Vsolar turun satu sen kepada 11.5 sen dan Bumi Armada susut setengah sen kepada 25.5 sen.

Indeks FBM Emas meningkat 33.58 mata kepada 11,281.12, Indeks FBMT100 naik 34.02 mata kepada 11,120.66 dan Indeks

Paras sokongan kukuh adalah antara 1,600 hingga 1,572 mata. Namun paras rintangan segera kekal antara 1,620 dan 1,680 mata, diikuti had paras rintangan psikologi pada 1,700 mata.

FBM Emas Syariah meningkat 58.44 mata kepada 11,826.29.

FBM Ace melonjak 8.67 mata kepada 4,457.38 dan FBM 70 naik 47.61 mata kepada 13,788.45.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmat­an Kewangan merosot 31.67 mata kepada 15,479.17, Indeks Perladanga­n meningkat 10.43 mata kepada 6,806.94 dan Indeks Produk dan Perkhidmat­an Perindustr­ian naik 1.30 mata kepada 149.12.

Kedudukan pasaran secara menyeluruh adalah positif dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 406 berbanding 340, manakala 405 kaunter tidak berubah, 797 tidak diniagakan dan 33 lain digantung.

Jumlah dagangan merosot kepada 1.67 bilion unit bernilai RM1.44 bilion daripada 1.85 bilion unit bernilai RM1.58 bilion kelmarin.

Jumlah dagangan di Pasaran Utama menguncup kepada 1.04 bilion saham bernilai RM1.30 bilion daripada 1.28 bilion saham bernilai RM1.46 bilion kelmarin.

Jumlah dagangan waran meningkat kepada 365.06 juta unit bernilai RM80.29 juta daripada 264.55 juta unit bernilai RM48.71 juta kelmarin.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE menyusut kepada 257.20 juta saham bernilai RM56.63 juta daripada 310.05 juta saham bernilai RM75.40 juta sebelumnya.

Produk dan perkhidmat­an pengguna menyumbang 149.06 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmat­an industri (216.54 juta), pembinaan (44.82 juta), teknologi (98.01 juta), SPAC (sifar), perkhidmat­an kewangan (39.66 juta), hartanah (73.96 juta), perladanga­n (10.83 juta), REITS (10.61 juta), dana/tertutup (50,000), tenaga (184.67 juta), penjagaan kesihatan (19.01 juta), telekomuni­kasi dan media (82 juta), pengangkut­an dan logistik (97.79 juta), dan utiliti (15.19 juta). BERNAMA

Nazri Khan Adam Khan, Naib Presiden Kanan (Pelaburan) Phillip Capital Management

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia