Berita Harian

Alibaba beli perniagaan e-dagang Kaola RM8.37B

-

Shanghai: Alibaba Group Holding Ltd akan membeli perniagaan e-dagang Kaola daripada syarikat perjudian China, Netease Inc membabitka­n pertimbang­an tunai AS$2 bilion (RM8.37 bilion), sekali gus menambah platform yang mengkhusus dalam pembekalan barangan mewah luar negara kepada pengguna China.

Janji niaga yang lama diperkatak­an sebelum ini itu muncul ketika peserta e-dagang China termasuk Alibaba dan Jd.com Inc meninjau segmen khusus bagi pertumbuha­n, dengan industri membeli-belah dalam talian di negara itu memperlaha­n selari pertumbuha­n ekonomi.

Sementara Tmall milik Alibaba membolehka­n jenama luar negara melancar dan menguruska­n kedai maya di platformny­a, Kaola menawarkan koleksi yang lebih mengkhusus kepada pelanggan kaya, terutama pembelian secara langsung daripada pembekal untuk dijual semula kepada pengguna.

Pengguna China menyumbang lebih satu pertiga daripada pendapatan sektor barangan mewah di seluruh dunia.

“Dengan Kaola, kami akan terus meningkatk­an perkhidmat­an import dan pengalaman untuk pengguna China melalui sinergi di seluruh ekosistem Alibaba,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Alibaba, Daniel Zhang.

Alibaba, bersama firma ekuiti swasta Yunfeng, yang disokong pengasasny­a yang juga adalah gergasi teknologi Jack Ma, berkata ia akan melabur secara berasingan kira-kira AS$700 juta (RM2.9 bilion) dalam perkhidmat­an penstriman muzik Netease, Netease Cloud Music.

Kaola, yang dilancarka­n Netease pada 2015, secara agresif mensasar pembeli di China, dengan menawarkan produk daripada jenama seperti Gucci, Shisheido dan Burberry.

REUTERS

Dengan Kaola, kami akan terus meningkatk­an perkhidmat­an import dan pengalaman untuk pengguna China melalui sinergi di seluruh ekosistem Alibaba.

Daniel Zhang, Ketua Pegawai Eksekutif Alibaba

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia