Berita Harian

Benelli perkenal Leoncino 250, TRK 251

-

TRK 250

Benelli Malaysia membawa masuk dua model dengan kapasiti lebih kecil berbanding ‚abangnya‘ iaitu Leoncino 250 dan TRK 251.

Model Leoncino 250 tampil dengan bentuk naked, dengan lampu hadapan jenis LED, pemegang yang tinggi dan mudah dicapai, kerangka jenis trellis serta tempat duduk luas untuk dua orang.

Ia juga didatangka­n dengan kelengkapa­n moden seperti meter jenis digital, fork hadapan terbalik dengan diameter 41 mm, monoshock di belakang, tangki bahan api 12 liter dan rim 17 inci dengan tayar 110/70 di hadapan dan 150/60 di belakang.

Bagi sistem brek, ia menggunaka­n cakera bersaiz 280 mm dengan kaliper empat-omboh untuk bahagian depan, sementara di belakang pula menggunaka­n cakera saiz 240 mm dengan kaliper omboh tunggal.

Bagi yang inginkan fungsi Brek Anti-kunci (ABS), terdapat juga versi berkenaan untuk dipilih.

Leoncino 250 menggunaka­n enjin silinder tunggal empat lejang DOHC 249 cc yang dipadankan dengan kotak gear enam kelajuan.

Unit ini menampilka­n ciri suntikan bahan api elektronik dengan throttle body 37 mm, penghidup TLI, dual overhead camshaft dan mampu menghasilk­an 26.8 kuasa kuda (hp) pada 10,500 rpm dan tork puncak 21 Nm pada 9,000 rpm.

Benelli Leoncino 250 dijual pada harga RM13,888, manakala bagi versi ABS (RM14,688).

Bagi TRK 251, ia hadir dengan bentuk dan gaya yang sama dengan TRK 502, tetapi kapasiti enjinnya bagaimanap­un lebih kecil.

Model ini dikuasakan oleh enjin satu silinder empat lejang DOHC 249 cc penyejukan cecair, bersama padanan kotak gear enam kelajuan dengan klac multiplat basah dan sistem suntikan minyak.

Unit ini mampu menghasilk­an kuasa sebanyak 20 kw pada 10,500 rpm.

Antara keistimewa­an TRK 251 adalah kelengkapa­n yang bersesuaia­n untuk tunggangan jenis kembara termasuk penghadang angin tinggi di hadapan, kedudukan penunggang tegak, tangki bahan api 18 liter, pengecas USB, lampu hadapan jenis projector LED, rim 17 inci, jarak kelegaan dari tanah 200 mm, fork hadapan terbalik 41 mm, monoshock di belakang.

Benelli TRK 251 ditawarkan pada harga bermula RM13,888 dan RM14,688 (versi ABS).

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia