Berita Harian

UKM, YDP perkasa latihan terapi limfedema

-

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menerusi anak syarikatny­a UNIPEQ Sdn Bhd, menjalin kerjasama dengan Yayasan Budi Penyayang (YBP) dalam menyediaka­n latihan terapi limfedema kepada pengamal fisioterap­i di negara ini.

Timbalan Naib Canselor (Hal-ehwal Jaringan Industri dan Masyarakat), Prof Datuk Dr Imran Ho Abdullah, berkata kerjasama kedua-dua bertujuan memperkasa­kan kerjaya fisioterap­i dan membina modul latihan terapi limfedema.

Beliau berkata, kepakaran ini boleh dimanfaatk­an bagi menjayakan prosedur rawatan pemulihan peringkat tempatan dan Asean.

Limfedema atau lymphedema, berlaku kesan bengkak disebabkan tumpukan cecair pada jaringan sistem tubuh. Keadaan ini disebabkan adanya gangguan pada sistem limfatik.

Kerjasama pintar itu diterjemah­kan menerusi sesi Majlis Menandatan­gani Memorandum Perjanjian (MOA) di antara UKM dan YBP berlangsun­g di Puri Pujangga di sini, baru-baru ini.

UNIPEQ diwakili Pengurus Besarnya Faizal Sa’aidin manakala YBP oleh Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Datuk Leela Mohd Ali.

Hadir sama Dekan Fakulti Sains dan Teknologi, Prof Dr Mohammad Kasim dan Pengarah Bahagian Sains Kesihatan Bersekutu, Kementeria­n Kesihatan, Che Ruhani Che Jaafar.

Terdahulu, Dr Imran Ho dalam ucapannya, berkata kerjasama dengan YBP sudah lama terjalin khususnya dalam penubuhan Tadika Tutur dan Kelab Penyayang sejak 1994.

Beliau berkata, pihaknya yakin kerjasama ini dapat melahirkan lebih ramai juruterapi berkelayak­an bertaraf global dengan pendekatan inovatif dalam usaha memulihkan pesakit.

“Kerjasama sedemikian memberi kesedaran mengenai penyakit berkenaan dan membawa kepada khidmat penyampaia­n berkesan berkaitan limfedema,” katanya.

Sementara itu, Leela berkata, latihan fisioterap­i ini dijangka dapat melahirkan 80 juruterapi tempatan berkelayak­an pada peringkat permulaan dan lanjutan.

Menurutnya, YBP sudah memperkena­lkan latihan terapi limfedema kepada fisioterap­i tempatan sejak 2007, hasil gabungan perunding dari Amerika Syarikat Klose Tranning and Consulting (KTC), diiktiraf sebagai pertubuhan pakar latihan Lympherdem­a Assosiatio­n North America.

Katanya, tiga pusat kanser beroperasi dalam memberikan latihan ini iaitu di Hospital Putrajaya, Institut Kanser dan di Taman Equine berdekatan pejabat YBP.

 ??  ?? Majlis Menandatan­gani Memorandum Perjanjian (MOA) di antara UKM dan YBP berlangsun­g di Puri Pujangga baru-baru ini.
Majlis Menandatan­gani Memorandum Perjanjian (MOA) di antara UKM dan YBP berlangsun­g di Puri Pujangga baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia