Berita Harian

Axiata, Telenor henti bergabung

Kedua-dua pihak sedar tahap kerumitan rentasi sembilan negara, babit 14 entiti utama

- Oleh Mahanum Abdul Aziz mahanum_aziz@bh.com.my

Axiata Group Bhd dan Telenor ASA secara bersama bersetuju menamatkan rundingan menggabung­kan operasi telekomuni­kasi Asia mereka di bawah entiti global yang digabungka­n (Mergedco), yang sepatutnya membentuk juara global baharu.

Kedua-dua syarikat itu bersetuju menamatkan perbincang­an berikutan beberapa kerumitan berkaitan cadangan penggabung­an itu.

Namun begitu, kedua-dua pihak masih mengakui rasional strategik yang kukuh membabitka­n cadangan penggabung­an itu dan tidak menolak kemungkina­n urus niaga lain pada masa akan datang tanpa mengulas lanjut mengenainy­a.

Pengerusi Axiata, Tan Sri Ghazzali Sheikh Abdul Khalid, berkata Lembaga Pengarah mengakui rasional strategik yang kukuh mengenai cadangan penggabung­an itu dan kedua-dua pihak sama-sama menyedari tahap kerumitan cadangan penggabung­an yang merentasi sembilan negara dan 14 entiti utama.

“Tanpa menghirauk­an sinergi yang diungkapka­n oleh penggabung­an itu, kami yakin bahawa penamatan transaksi yang dicadangka­n ini tidak menjejaska­n kumpulan dalam mencapai cita-cita ‘Juara Digital’.

“Bagi pihak Lembaga Pengarah Axiata, kami berterima kasih atas sokongan Kerajaan Malaysia, pelabur dan semua pekerja kami semasa proses ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Axiata, Tan Sri Jamaludin Ibrahim, berkata Axiata terus menjadi kisah pertumbuha­n dan kekal sebagai salah satu pengendali mudah alih terbesar serantau.

Beliau berkata, hari ini, syarikat telekomuni­kasi itu beroperasi pada kedudukan yang kukuh, dengan semua lapan syarikat operasi (Opcos) mencatatka­n prestasi yang baik dan ia optimis dalam berhati-hati bagi mencapai sasaran Petunjuk Prestasi Utama (KPI) 2019.

“Melangkah ke hadapan, kami transforma­si ke dalam syarikat teknologi digital yang mana boleh dijelaskan sebagai industri global yang semakin konvergens, meluas melangkaui mudah alih dan pengguna kepada jalur lebar rumah, enterpris, digital dan Towerco.

“Kami yakin dapat menuai faedah pelaburan kami dalam bidang pertumbuha­n baharu termasuk Enterpris, Rumah, Digital VAS, Perniagaan Digital dan Infrastruk­tur dalam beberapa tahun akan datang.

“Kami akan terus giat meneroka potensi kemungkina­n penggabung­an dan mengoptimu­mkan portfolio untuk mengekstra­k sinergi, memaksimum­kan kecekapan dan membiayai bidang pertumbuha­n masa depan,” katanya.

Axiata berkata, penamatan cadangan transaksi itu tidak akan memberi kesan kepada kumpulan dalam keupayaann­ya untuk mencapai aspirasi Juara

Tanpa menghirauk­an sinergi yang diungkapka­n oleh penggabung­an itu, kami yakin bahawa penamatan transaksi dicadangka­n ini tidak menjejaska­n kumpulan dalam mencapai cita-cita ‘Juara Digital’. Ghazzali Sheikh Abdul Khalid,

Pengerusi Axiata

Digital menjelang 2022.

Sementara itu, Telenor dalam kenyataann­ya berkata kedua-dua pihak sudah mengusahak­an kajian daya maju pelaburan dan memuktamad­kan perjanjian serta perjanjian urus niaga diselesaik­an pada suku ketiga 2019.

“Disebabkan kerumitan dalam cadangan urus niaga, semua pihak bersetuju secara bersama menamatkan rundingan,” katanya.

Telenor adalah syarikat 53.97 peratus milik Kerajaan Norway.

Kami yakin dapat menuai faedah pelaburan kami dalam bidang pertumbuha­n baharu termasuk Enterpris, Rumah, Digital VAS, Perniagaan Digital dan Infrastruk­tur dalam beberapa tahun akan datang. Jamaludin Ibrahim,

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Axiata

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia