Berita Harian

Dua permohonan didengar 8 November

-

Kuala Lumpur: Mahkamah Tinggi di sini, semalam, menetapkan 8 November ini, untuk mendengar dua permohonan dalam kes saman difailkan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), bagi menuntut tunggakan cukai pendapatan daripada Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berjumlah RM1.69 bilion.

Permohonan LHDN supaya Mahkamah Tinggi memberikan penghakima­n terus dalam kes saman itu tanpa melalui perbicaraa­n, manakala Najib pula memohon menangguhk­an prosiding saman terbabit, sementara beliau merayu penilaian taksiran cukai itu.

Peguam Kanan bagi LHDN, Norhisham Ahmad memberitah­u perkara itu, ketika ditemui media selepas prosiding pengurusan kes saman berkenaan.

Norhisham berkata, Hakim Datuk Ahmad Bache dalam kamarnya, mengarahka­n kedua-dua pihak memfailkan hujahan bertulis masing-masing sebelum 1 November ini.

Perkara itu turut disahkan peguam Muhammad Farhan Muhammad Shafee, bagi pihak Najib.

Najib memfailkan permohonan penangguha­n prosiding saman itu pada 8 Ogos lalu, sementara beliau merayu bagi penilaian semula terhadap jumlah taksiran diputuskan LHDN.

Pada 25 Jun lalu, kerajaan melalui LHDN memfailkan saman terhadap Najib, bagi menuntut bekas Perdana Menteri itu membayar RM1.69 bilion cukai pendapatan yang masih terhutang bagi Tahun Taksiran 2011 hingga 2017.

LHDN selaku plaintif menamakan Najib selaku defendan tunggal.

Dalam saman itu, kerajaan menuntut Najib membayar RM1,692,872,924.83, faedah atas jumlah wang berkenaan pada kadar lima peratus setahun dari tarikh penghakima­n sehingga kes selesai, kos dan apa-apa relif yang difikirkan wajar oleh mahkamah.

Dalam penyataan tuntutan, kerajaan berkata, bagi Tahun Taksiran 2011, 2012, 2013, 2014, 2015, 2016 dan 2017, defendan ditaksirka­n dengan Taksiran Tambahan masing-masing berjumlah RM116,173,374.12; RM320,929,932.31; RM891,573,465.46; RM119,144,655.51; RM16,879,500.03; RM643,445.21 dan RM346,471.41 melalui Notis-notis Taksiran (Tambahan) bertarikh 20 Mac 2019.

Plaintif berkata, sehingga kini Najib masih gagal membayar kepadanya amaun cukai pendapatan defendan, yang masih terhutang bagi tahun taksiran tambahan berkenaan.

Hakim Datuk Ahmad Bache dalam kamarnya, mengarahka­n kedua-dua pihak memfailkan hujahan bertulis masing-masing sebelum 1 November ini.

Norhisham Ahmad, Peguam Kanan bagi LHDN

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia