Berita Harian

‘Bukan mudah berkunjung ke Jakarta’

Cheng Hoe mahu anak buah fokus sasaran aksi pertama kelayakan

- Oleh Mohd Fitrie Muhamad mfitrie@bh.com.my

Sepang: “Jangan sibuk hal orang!” Demikian pendirian Tan Cheng Hoe yang tidak mahu terlalu memikirkan kekuatan dan persiapan Indonesia ketika kedua-dua pasukan bertemu pada aksi pertama kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Stadium Gelora Bung Karno, malam esok.

Pada masa sama, jurulatih skuad Harimau Malaya juga tidak mahu fikiran barisan pemainnya dihimpit dengan isu keselamata­n, terutama perang psikologi di media sosial.

“Semua tahu berkunjung ke Jakarta bukannya mudah. Tetapi setakat ini keseluruha­n pasukan nampak baik, pemain bersedia, bersatu untuk cuba dapatkan keputusan positif. Kita tahu Indonesia ada persiapan rapi dengan kemasukan pemain naturalisa­si yang boleh membantu mereka.

“Namun, kita ke sana dengan satu matlamat dan perlu fokus setiap perlawanan.

“Media sosial selalu menceritak­an perang psikologi, tetapi saya selalu ingatkan pemain yang mereka kena fokus kepada pasukan dan permainan sendiri.

“Lebih baik fokus kepada pasukan kita dan bukannya fokus kepada pasukan lawan,” katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA) sebelum berlepas ke Jakarta, semalam.

Selain diperkuatk­an dengan pemain naturalisa­si, skuad Garuda kali ini turut dibarisi pemain Liga Malaysia yang mewakili Pahang iaitu Saddil Ramdani selain tiga lagi yang pernah mewarnainy­a iaitu Evan Dimas, Andik Vermansyah dan Ferdinand Sinaga.

Perkembang­an itu turut menarik perhatian Cheng Hoe kerana Saddil sudah pasti masak dengan pemain negara khususnya rakan sepasukan di skuad Tok Gajah seperti Norshahrul Idlan Talaha, Nor Azam Azih, Mohamadou Sumareh dan Matthew Davies.

“Dia tahu macam mana Matt, Azam, Sumareh dan Mat Yo. Sudah pasti dia akan beritahu (jurulatih dan rakan sepasukan Indonesia) cara permainan kita khususnya pemain Pahang. Yang penting, kalau kita fokus permainan kita, kita boleh lepasi halangan itu,” katanya.

 ?? (Foto Luqman Hakim Zubir/bh) ?? Sebahagian pemain skuad Harimau Malaya di KLIA sebelum berlepas ke Jakarta, semalam.
(Foto Luqman Hakim Zubir/bh) Sebahagian pemain skuad Harimau Malaya di KLIA sebelum berlepas ke Jakarta, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia