Berita Harian

8 kanak-kanak maut kena tikam di China

-

Beijing: Lapan kanak-kanak sekolah maut manakala dua lagi cedera dalam ‘satu kes berkaitan jenayah’ di bahagian tengah China dengan seorang suspek berusia 40 tahun berjaya diberkas, semalam.

Menurut kenyataan di laman web kerajaan bandar Enshi, lelaki itu ditahan polis di lokasi insiden di kampung Chaoyangpo, wilayah Hubei.

Katanya, kerajaan tempatan mengambil segala langkah perlu untuk proses pemulihan dan rawatan mangsa cedera, termasuk kaunseling psikologi.

Pihak berkuasa tidak memaklumka­n bagaimana mangsa terbunuh namun sekolah di China kerap mengalami kes serangan pisau beberapa tahun lalu.

Ia memaksa pihak berkuasa meningkatk­an tahap keselamata­n membendung gejala ini.

Mangsa yang cedera itu adalah pelajar tetapi usia mereka yang maut tidak diberitahu.

Pada Oktober, tahun lalu, seorang wanita menyerang dan mencederak­an 14 kanakkanak dengan pisau di sebuah tadika di wilayah Sichuan. AFP Dhaka: Kerajaan Bangladesh mengarahka­n pengendali telefon menghentik­an perkhidmat­an telefon bimbit kepada hampir sejuta pelarian Rohingya di sekitar kawasan kem mereka.

Langkah itu susulan penularan keganasan sejak beberapa minggu ini di kem berkenaan, kebanyakan penghuniny­a melarikan diri ke Bangladesh dari Rakhine dua tahun lalu berikutan kekejaman dilakukan tentera Myanmar ke atas etnik minoriti itu.

Ia juga susulan ketiadaan seorang pun pelarian yang muncul untuk kembali ke Rakhine, bulan lalu apabila desakan baru supaya pelarian dihantar pulang ke Myanmar gagal.

Pengendali telekomuni­kasi mempunyai tujuh hari untuk menyerahka­n laporan ke atas tindakan yang diambil mereka untuk menutup rangkaian di kem, kata jurucakap Suruhanjay­a Penyeliaan Telekomuni­kasi Bangladesh (BTRC), Zakir Hossain Khan.

“Ramai pelarian menggunaka­n telefon bimbit di kem. Kami meminta penyedia talian mengambil tindakan untuk menghentik­annya,” kata beliau, menambah keputusan itu diambil atas alasan keselamata­n.

Arahan itu mengejutka­n pelarian Rohingya, kata salah seorang pemimpin kumpulan itu yang enggan dikenali.

Katanya, larangan itu memberi kesan besar kepada kehidupan minoriti berkenaan, mengganggu komunikasi antara kem berbeza yang berselerak di seluruh Cox’s Bazar.

“Kami tidak boleh lagi berkomunik­asi dengan saudara di Myanmar atau tempat lain di dunia,” katanya. AGENSI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia