Berita Harian

Waspada kes buli jalan raya, elak derita

- Mohd Fahmi Md Salleh, Universiti Teknologi MARA (UITM), Johor

Apabila bercakap soal kemalangan jalan raya, umum pasti merujuk kepada insiden yang membabitka­n kenderaan.

Namun, mutakhir ini kes buli jalan raya boleh membawa pergaduhan bersenjata yang turut berisiko membahayak­an keselamata­n dan meragut nyawa pengguna.

Keadaan ini berlaku apabila sifat toleransi terlalu rendah dalam kalangan pengguna jalan raya, sehingga boleh membawa kepada pergaduhan. Sifat bertolak ansur dan berperikem­anusiaan seperti tiada, sehingga ego dan wang ringgit lebih bernilai berbanding nyawa dan keselamata­n orang lain.

Situasi ini amat membimbang­kan kerana jika tidak dibendung, boleh menjadi satu kebiasaan lebih-lebih lagi dengan peningkata­n jumlah kenderaan di Malaysia saban tahun. Apakah kita mahu wariskan sifat sebegini kepada generasi akan datang.

Mungkin pelaksanaa­n kempen kesedaran jalan raya dan nilai murni harus diperhalus­i dan ditambah baik agar mencapai objektif dengan optimum.

Antaranya memberi pendedahan mengenai jenis hukuman yang bakal diterima jika tindakan salah dilakukan, supaya setiap pengguna jalan raya lebih waspada dalam melakukan apaapa tindakan.

Selain itu, langkah mewajibkan penggunaan kamera perakam di bahagian depan dan belakang kenderaan juga sangat membantu.

Ia bukan sahaja memudahkan penilaian oleh pihak berkuasa, malah sedikit sebanyak dapat mendisipli­nkan pengguna jalan raya lain apabila mereka mengetahui tindak-tanduk dirakam.

Jika pengguna jalan raya terbabit kemalangan jalan raya walaupun kecil, lebih selamat dan adil untuk kedua-dua pihak berbincang dengan kehadiran pihak berkuasa sebagai orang tengah.

Namun, jika pengguna jalan raya berhadapan dengan situasi seperti dipukul, diugut atau kenderaan dirosakkan, dinasihatk­an agar membuat laporan polis berserta butiran kejadian seperti nombor pendaftara­n, lokasi kejadian dan gambar pelaku seperti saranan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia