Berita Harian

Wanita mengandung antara tiga maut nahas 4 kenderaan

-

Teluk Intan: Tiga wanita termasuk seorang sarat mengandung maut dalam kemalangan membabitka­n empat kenderaan di Kilometer 32, Jalan Langkap-kampar, dekat sini, semalam.

Kemalangan kira-kira jam 10.30 pagi itu, turut menyebabka­n dua cedera termasuk bayi.

Mangsa yang maut di lokasi kejadian ialah penumpang kereta Suzuki Swift yang juga suri rumah, Farah Ain Salim, 19.

Pemandu kenderaan itu yang juga pesara, Fuziyah Sarjuni, 62, dan seorang lagi penumpang, Faridah Md Nayen, 38, yang sarat mengandung, meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Teluk Intan (HTI).

Semua mangsa berasal dari Kampung Tanjung Langkap, dekat sini.

Dua yang cedera ialah bayi perempuan Farah Ain berusia lapan bulan dan seorang lagi penumpang lelaki kenderaan pikap jenis Ford Ranger berusia 43 tahun.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Mohd Marzukhi Mohd Mokhtar, berkata dua kenderaan lain yang terbabit kemalangan itu Proton Saga dan sebuah lori jenis Mercedes Benz.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati lori membawa muatan tanah dan kereta Suzuki Swift dalam perjalanan dari arah Langkap menuju ke Kampar.

“Apabila tiba di tempat kejadian, lori berkenaan dipercayai terlanggar belakang Suzuki Swift Keramat, yang mahu membelok ke kanan memasuki simpang Klinik Desa Tanjung Keramat.

“Perlanggar­an itu menyebabka­n Suzuki Swift berpusing beberapa kali sebelum terlanggar Ford Ranger yang datang dari arah bertentang­an, sebelum kereta terjatuh ke dalam parit,” katanya di sini, semalam.

Mohd Marzukhi berkata, lori pula terbabas dan terlanggar PROTON Saga yang berada di belakang pikap Ford Ranger sebelum terjatuh ke dalam parit di sebelah kanan jalan.

Beliau berkata, polis menahan pemandu lori berusia 36 tahun untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987.

 ?? (Foto ihsan bomba) ?? Keadaan nahas empat kenderaan di Kilometer 32, Jalan Langkap-kampar, Teluk Intan, semalam.
(Foto ihsan bomba) Keadaan nahas empat kenderaan di Kilometer 32, Jalan Langkap-kampar, Teluk Intan, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia