Berita Harian

Keputusan didakwa dicemari campur tangan politik

-

Kuala Lumpur: Penerima Anugerah Penulisan Asia Tenggara (SEA Write) 2013, Mohd Ghazali Abdul Rashid atau lebih dikenali sebagai Malim Ghozali PK, mendakwa ‘menghidu’ penyelewen­gan membabitka­n keputusan panel hakim memilih Sasterawan Negara (SN) sejak Mac lalu.

Beliau turut mendakwa campur tangan politik mencemari Anugerah Sastera Negara Ke-14 hingga namanya yang disebut-sebut sebagai penerima gelaran itu, ditolak pada saat akhir.

“Tentu sekali saya tidak dapat menerimany­a. Sebagai calon yang paling tinggi pencapaian di dalam dan luar negara, saya melihat ini sebagai tirani sastera, penganiaya­an sastera bentuk baharu.

“Apakah dengan memenangi 36 kali hadiah dan anugerah tidak membuktika­n apa-apa?

“Hanya saya penulis sastera Melayu memenangi hadiah puisi pada peringkat dunia dan novel saya tersenarai antara 160 novel terbaik dunia oleh IMPAC Dublin Internatio­nal Book Award 2016.

“Adakah ini tidak memberikan sedikit pun kelebihan?” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Beliau mendakwa perubahan saat akhir berlaku dan namanya yang sepatutnya dinobatkan sebagai penerima Anugerah Sastera Negara diubah pada 9 Ogos lalu.

“Kalau sudah nampak nak kalah, ubah tiang gol itu biasa. Tetapi kalau sudah kalah, diarah main semula dan ditambah dua orang referee (panel hakim) yang tiada kepakaran, ini luar biasa!

“Pengumuman media Sasterawan Negara Ke-14 terpilih ‘secara sebulat suara’ dibuat oleh Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka pada 28 Mac iaitu enam bulan lalu.

“Apa terjadi selepas itu? Kalau ada orang atasan yang menolak saya, saya nak tahu kenapa? Kita kena faham hak bukan mutlak sifatnya dan ia datang dengan tanggungja­wab,” katanya.

 ??  ?? Malim Ghozali PK
Malim Ghozali PK

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia