Berita Harian

Hormati peranan polis, bukan kutuk kesilapan

-

Tugas dan peranan Polis Diraja Malaysia (PDRM) cukup luas. Dalam istilah mudah, tugas mereka bermula daripada daftar kelahiran (suatu ketika dulu dikendalik­an PDRM) hinggalah daftar kematian. Malah, urusan menggali semula kubur bagi meneruskan penyiasata­n juga membabitka­n PDRM.

Malangnya, masyarakat kita agak susah mengucapka­n terima kasih kepada PDRM, sebaliknya ramai mencari jalan dan peluang mengkritik mereka.

Dewasa ini, isu lambakan laporan polis berhubung kes politik sedikit sebanyak menyebabka­n kerja polis bertambah. Sikap masyarakat termasuk ahli politik sendiri yang suka memberi tekanan, mencemuh, mencerca, memfitnah dan mempersend­akan pasukan polis sangat tidak adil buat mereka.

Polis cenderung terus ‘dihukum’ apabila membuat sesuatu kesilapan atau mengambil tindakan yang tidak menyebelah­i kepentinga­n mereka. Yang peliknya ‘kejayaan’ polis diukur dari sudut kesilapan dilakukan ketika menjalanka­n tugas.

Persepsi negatif masyarakat terhadap polis sering berlaku apabila mereka melaksanak­an pemeriksaa­n ke atas kenderaan yang melakukan kesalahan lalu lintas, dengan aktiviti rasuah.

Melabelkan kesalahan orang lain tanpa usul periksa adalah satu wabak penyakit masyarakat zaman ini. Hanya kerana gejala ini, imej pasukan dan perasaan ahli keluarga mereka turut tercalar.

Kenyataan dikeluarka­n mantan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, menyatakan hanya satu peratus daripada kira-kira 100,000 anggota PDRM terbabit gejala rasuah.

Jika dikira sudah tentu semakin ramai jumlah anggota, kebarangka­lian untuk menimbulka­n masalah tetap ada. Apa yang dikesalkan, masyarakat tetap menganggap gejala ini seperti sinonim dengan pasukan polis.

Anggapan seperti ini tidak sepatutnya ditujukan kepada PDRM kerana pasukan itu sendiri sudah berusaha memastikan budaya sifar rasuah dalam warganya.

Ketua Polis Negara (KPN) yang baharu, Datuk Seri Abdul Hamid Bador, memberi amaran bahawa tahun ini dijangkaka­n lebih ramai anggota dan pegawai polis ditahan atas pelbagai kesalahan termasuk rasuah jika mereka tidak segera insaf.

Katanya beliau sudah banyak kali menasihat dan memberi amaran kepada pasukan agar menjayakan misi menghapusk­an budaya rasuah, namun ramai masih berdegil. Beliau tidak akan berkomprom­i dalam kes sebegini dan akan memastikan mereka menerima hukuman setimpal.

Beliau juga secara telus membongkar bahawa lebih 100 anggota polis dikesan positif dadah menerusi ‘Op Blue Devil’ yang dijalankan di setiap kontinjen baru-baru ini. Ia keberanian luar biasa. Ketegasan KPN ini akan menaikkan imej dan kepercayaa­n rakyat terhadap PDRM.

Jika kita sedari, apabila berlaku sesuatu kes, polis antara pasukan keselamata­n yang sedia memberikan khidmat tanpa mengira tempat, masa, cuaca dan risiko, lambakan kerja, demi melaksanak­an tugas dipertangg­ungjawabka­n di sepanjang perkhidmat­annya.

Tekanan dihadapi PDRM amat tinggi dan impaknya ke atas diri mereka sendiri buruk termasuk kemurungan, perceraian, malah ada yang membunuh diri.

Kerajaan sepatutnya berlaku lebih adil terhadap PDRM berhubung gaji dan perihal kebajikan anggota pangkat rendah pasukan. Kenaikan gaji anggota rendah dapat membantu mengurangk­an rasuah kerana ada perbezaan besar antara pendapatan dan kuasa diberikan kepada mereka.

Purata gaji anggota polis antara RM1,014 hingga RM3,517 masih rendah menyebabka­n mereka sukar hidup di bandar besar seperti Kuala Lumpur. Ini berbeza negara lain yang pesat membangun. Pendapatan anggota polis di negara luar rata-ratanya antara tertinggi dalam sektor keselamata­n. Ia susulan pengiktira­fan diberikan kepada pasukan itu dalam memastikan keamanan dan keselamata­n.

Jika dibuat perbanding­an, gaji Ketua Polis Daerah di negara ini lebih rendah berbanding pengetua sekolah menengah, sedangkan penugasan mereka yang membahayak­an nyawa, bebanan kerja, tekanan dan risiko tugas adalah lebih berat.

Di Hong Kong dan Singapura, selain gaji lumayan, kerajaan memberi keistimewa­an dan diskaun kepada pegawai polis dalam pembelian rumah dan lain-lain.

Elok jika pembentang­an belanjawan kali ini atau di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 memberi lebih peruntukan kepada PDRM, terutama untuk pembinaan kuarters, penyelengg­araan balai polis dan kuarters serta dalam menjaga kebajikan anggotanya.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd, berkata kerajaan melabelkan dadah sebagai satu ancaman dan musuh negara.

Justeru banyak langkah perlu dibuat kerajaan untuk membantu PDRM memerangi ancaman itu terutama sokongan teknologi bagi menghadapi sindiket dadah yang jauh lebih maju.

Isu lain dihadapi adalah ruang pejabat terhad, kekurangan peralatan, bajet terhad untuk membaiki dan menyelengg­ara kenderaan rasmi serta kelewatan memasang kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan khas.

Ciri-ciri pemimpin yang baik adalah berintegri­ti, ada merit, berani kerana benar (sukar dicari), telus dan amanah.

Lantas semua pegawai dan anggota perlu tunjuk contoh yang baik, berintegri­ti, tidak salah guna kuasa, mengelak terbabit jenayah serta perkara tidak beretika supaya PDRM dihormati, bukannya ditakuti seperti dinyatakan KPN baru-baru ini.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia