Berita Harian

Had umur bersara 60 tahun muktamad

Ketetapan selaras dasar untuk kecilkan saiz perkhidmat­an awam

- Oleh Norhafzan Jaafar hafzan@bh.com.my

Kuala Lumpur: Keputusan tidak melanjutka­n had umur persaraan penjawat awam daripada 60 tahun kepada 65 tahun adalah muktamad, kata Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr Ismail Bakar.

Ismail berkata, keputusan itu dibuat Jawatankua­sa Khas Kabinet Mengenai Pembaharua­n Perkhidmat­an Awam yang bermesyuar­at pada Mac lalu.

“Kita sudah putuskan bahawa usia persaraan 60 tahun kekal. Justeru, kita tidak ada cadangan untuk menaikkan usia persaraan penjawat awam kepada 62 atau 65 tahun.

“Memang kita menerima banyak cadangan tetapi setakat ini keputusann­ya masih kekal 60 tahun,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis sambutan Jubli Intan Institut Perkhidmat­an Awam Negara (INTAN) ke-60 tahun, di sini, semalam.

Ismail mengulas kenyataan Menteri Sumber Manusia, M Kulasegara­n, kelmarin yang menyatakan kementeria­n itu sedia memperhalu­si cadangan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) supaya had usia persaraan ditingkatk­an daripada 60 tahun sekarang kepada 65 tahun.

Usia persaraan penjawat awam di negara ini sudah mengalami tiga kali perubahan dalam tempoh 20 tahun lalu. Kali pertama, had usia persaraan penjawat awam dilanjutka­n daripada 55 tahun kepada 56 tahun pada 2001. Ia dilanjutka­n pula daripada 56 tahun kepada 58 tahun pada 2008 sebelum dilanjutka­n daripada 58 tahun kepada 60 tahun pada 2012.

Ismail berkata, ketetapan untuk mengekalka­n had usia persaraan perkhidmat­an awam itu diputuskan kerajaan berdasarka­n pelbagai pertimbang­an, termasuk untuk memastikan lebih banyak peluang pekerjaan diwujudkan di negara ini.

Beliau berkata, keputusan itu juga selaras dasar ditetapkan kerajaan untuk mengecilka­n saiz perkhidmat­an awam sebanyak lima peratus menjelang 2021.

“Mulai tahun ini, kerajaan sudah mengambil langkah mengurangk­an bilangan kakitangan awam sebanyak satu peratus, diikuti dua peratus masing-masing pada 2020 dan 2021,” katanya.

Terdahulu, dalam ucapan perasmiann­ya, Ismail berkata INTAN perlu tampil sebagai pusat latihan utama di negara ini ke arah menghadapi evolusi perkhidmat­an awam yang lebih mencabar menjelang Revolusi Industri 4.0.

Katanya, INTAN perlu fokus dalam menganjurk­an kursus bersifat dinamik selari dengan perubahan trend dunia untuk terus kekal sebagai institusi latihan awam terulung di negara ini.

“Kaedah penyampaia­n pembelajar­an perlu mengadapta­si teknologi semasa di pasaran,” katanya.

Turut hadir ialah Ketua Pengarah Perkhidmat­an Awam, Datuk Seri Borhan Dollah dan Presiden Persatuan Alumni Pegawai Tadbir dan Diplomatik, Tan Sri Sallehuddi­n Mohamed.

Ismail berkata, berdasarka­n kajian terhadap masa depan perkhidmat­an awam, komposisi jentera kerajaan menjelang tahun 2035 diramalkan terdiri daripada generasi berteknolo­gi maju yang mempunyai pengharapa­n berbeza dalam dunia pekerjaan.

“Golongan pekerja ini tidak lagi mahu terikat dengan satu-satu pekerjaan tetapi lebih menggemari pekerjaan berdasarka­n projek di mana mereka boleh menggunaka­n seluruh kepakaran untuk menyelesai­kan tugasan yang berorienta­sikan output.

“Penjawat awam masa hadapan juga lebih terarah kepada kerja yang lebih memberi makna dan impak yang boleh diukur selain mempunyai elemen tanggungja­wab sosial,” katanya.

 ?? (Foto Mahzir Mat ISA/BH) ?? Ismail (tengah) bersama Timbalan Pengarah Kanan INTAN, Dr Mohd Bakhari Ismail (dua dari kanan) dan Borhan (dua dari kiri) pada majlis sambutan 60 tahun INTAN di Kuala Lumpur, semalam.
(Foto Mahzir Mat ISA/BH) Ismail (tengah) bersama Timbalan Pengarah Kanan INTAN, Dr Mohd Bakhari Ismail (dua dari kanan) dan Borhan (dua dari kiri) pada majlis sambutan 60 tahun INTAN di Kuala Lumpur, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia