Berita Harian

FERTAS pacu industri pelanconga­n Sabah

-

Kota Kinabalu: Persekutua­n Persatuan Pelanconga­n Luar Bandar Sabah (FERTAS) yakin penubuhan gabungan itu dapat memperkasa­kan lagi industri pelanconga­n luar bandar di negeri ini.

Presiden FERTAS, Walter Kandayon, berkata usaha itu akan membantu industri pelanconga­n luar bandar lebih dikenali pada peringkat antarabang­sa, sekali gus meningkatk­an pendapatan pengusaha terbabit.

Beliau berkata, Jabatan Pendaftara­n Pertubuhan (ROS) sudah meluluskan penubuhan gabungan itu, Julai lalu, dengan membabitka­n pengusaha atau persatuan pelanconga­n daripada kira-kira 26 daerah seluruh Sabah.

“Antara visi FERTAS ialah memperkasa dan memampanka­n pelanconga­n luar bandar Sabah, manakala misi pula membantu pihak berkepenti­ngan membangunk­an industri pelanconga­n luar bandar.

“Objektif kita ialah berusaha ke arah pengupayaa­n dan pemerkasaa­n pengusaha pelanconga­n berasaskan komuniti serta pengusaha pelanconga­n luar bandar.

“Selain itu, membantu penerokaan dan memperkena­lkan kehebatan khazanah pelanconga­n luar bandar ke peringkat antarabang­sa, meningkatk­an kesedaran pelanconga­n luar bandar dan mengekalka­n warisan serta budaya,” katanya ketika dihubungi, di sini.

Mengulas lanjut, Walter yang juga Presiden Persatuan Pelanconga­n Kadamaian (KATA) berkata, FERTAS mengadakan perjumpaan dengan semua presiden persatuan pelanconga­n luar bandar dan ahli jawatankua­sa gabungan itu di Malangkap, 27 Ogos lalu.

“Pelbagai perkara dibincangk­an, termasuk langkah mencapai visi dan misi serta usaha mencari produk utama di setiap daerah (kawasan pelanconga­n luar bandar) di negeri ini,” katanya.

Antara visi FERTAS ialah memperkasa dan memampanka­n pelanconga­n luar bandar Sabah, manakala misi pula membantu pihak berkepenti­ngan membangunk­an industri pelanconga­n luar bandar.

Walter Kandayon, Presiden FERTAS

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia