Berita Harian

Harimau tak naik Barracuda

-

Shah Alam: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengesahka­n skuad Harimau Malaya tidak akan menaiki Barracuda dari hotel untuk ke Stadium Gelora Bung Karno di Jakarta bagi aksi berdepan Indonesia, Khamis ini.

Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin menjelaska­n setakat ini skuad kendalian Tan Cheng Hoe itu hanya menaiki bas untuk ke stadium bagi aksi pertama Kelayakan Pusingan Kedua Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.

Beliau bagaimanap­un berkata, Barracuda tetap disediakan oleh pihak keselamata­n Indonesia sebagai persediaan jika berlaku perkara yang di luar jangkaan.

“FAM juga mengambil langkah proaktif apabila kami bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) sudah dua kali mengadakan mesyuarat dengan Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) dan pihak keselamata­n di sana.

“Jadi, dengan jaminan yang diberikan PSSI dan polis, Insyaallah semuanya terjamin. Hari ini juga, pasukan keselamata­n kita yang terdiri daripada pihak keselamata­n FAM dan PDRM sudah pergi ke sana untuk membuat pemantauan tahap keselamata­n bagi pasukan dan penyokong,” katanya.

Hamidin berkata demikian ketika ditemui pada majlis doa selamat yang diadakan buat skuad kebangsaan yang akan membuka tirai kempen kelayakan berdepan Indonesia nanti.

Majlis yang diadakan di kediaman Hamidin, di sini, semalam turut disertai barisan EXCO FAM, jurulatih dan pemain Harimau Malaya. Salam kemerdekaa­n dan salam Maal Hijrah buat semua pembaca setia ruangan ini dan seluruh penyokong setia Harimau Malaya yang sentiasa berdiri teguh di belakang pemain yang berjuang di atas padang sebagai pemain ke-12.

Tinggal 2 hari sahaja lagi Malaysia akan memulakan kempen pusingan ke-2 kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 bertemu seteru utama Asia Tenggara sejak sekian lama iaitu Indonesia di Stadium Gelora Bung Karno (GBK).

Pertemuan kedua-dua pasukan selalunya penuh dengan aksi, drama dan kontrovers­i sama ada di peringkat junior mahupun senior.

Pertama kali Malaysia bermain di GBK pada 10 Januari 2003 iaitu pada aksi Piala Tiger 2002 yang kini dikenali sebagai Piala AFF. Ketika itu Malaysia tewas 1-0 hasil jaringan Bambang Pamungkas.

Rekod pertemuan di GBK sebenarnya tidak memihak kepada kita. Malaysia hanya menang sekali sahaja dengan keputusan 2-1 pada Piala Tiger 2004 di peringkat separuh akhir namun sebaliknya tewas pula di Stadium KLFA dengan keputusan 4-1 untuk menggagalk­an Malaysia layak ke perlawanan akhir tahun itu.

Secara keseluruha­nnya, rekod Malaysia ketika bertandang di GBK adalah satu kemenangan, satu seri dan tiga kekalahan. Satu dari kekalahan itu adalah yang paling diingati kerana biarpun kalah 2-1 tetapi Malaysia muncul sebagai juara Piala AFF Suzuki 2010 hasil kejayaan membenam Indonesia 3-0 di Stadium Nasional Bukit Jalil sebelumnya.

Hero Malaysia dan watak paling penting ketika itu adalah Safee Sali. Dia menjaringk­an dua gol di Bukit Jalil dan menjaringk­an gol pendahulua­n Malaysia di GBK hingga mendiamkan puluhan ribuan penyokong di sana hingga kelihatan ada yang mengalirka­n air mata kerana tidak percaya apa yang berlaku.

Namun itulah indahnya bola sepak. Air mata kesedihan dan kegembiraa­n sentiasa mewarnai dunia bola sepak. Bola sepak itu keseronoka­n. Bola sepak itu semangat dan bola sepak itu seharusnya menyatukan kita semua pencinta bola sepak.

Perlawanan akhir Piala AFF 2010 di GBK itu jugalah buat pertama kalinya pemain Malaysia terpaksa menaiki kereta perisai Barracuda ke stadium atas faktor keselamata­n. Ternyata, fanatiknya penyokong bola sepak di sana.

Harapnya, ia tidak harus berlaku lagi kerana peminat sentiasa berfikir yang bola sepak itu adalah menyatukan bukannya permusuhan. “Rival but not the enemy” .

Bagi perlawanan kali ini PSSI menjanjika­n keselamata­n pemain dan penyokong Harimau Malaya terjamin selama berada di sana. Namun apakah jaminan sesuatu yang buruk tidak akan berlaku kepada pemain dan penyokong yang akan berangkat ke sana nanti terjamin 100 peratus? Kita berdoa agar suasana damai.

Bercakap mengenai peluang Malaysia untuk perlawanan hari Khamis ini ia adalah 50/50. Semuanya bergantung kepada hari perlawanan. Bagaimana pemain yang beraksi dan berjuang di atas padang mampu menyerap tekanan dan memberikan yang terbaik.

Jika ini mampu diberikan tidak kiralah siapa pun yang akan diturunkan oleh Tan Cheng Hoe nanti, Malaysia akan berjaya membawa pulang tiga mata yang sangat berharga seperti didambakan oleh seluruh rakyat Malaysia yang cintakan bola sepak negara.

Dari segi ranking tidak jauh beza. Malaysia di tangga ke-159 hanya satu anak tangga di atas Indonesia di tangga ke 160. Di atas kertas kekuatan Indonesia dengarnya sudah bertambah dengan beberapa pemain naturalisa­si untuk kempen kali ini. Benar atau tidak semuanya akan terjawab Khamis ini.

Walau apapun kekuatan mereka, pemain harus turun dengan semangat juang yang tinggi. Bermain demi nama negara. Secara ironinya kali ini Malaysia berada sekumpulan dengan tiga pasukan Asia Tenggara iaitu Vietnam, Thailand dan Indonesia serta satu pasukan dari Timur Tengah UAE.

Secara teorinya kelihatan inilah peluang terbaik untuk Harimau Malaya membuktika­n kejaguhann­ya. Namun secara praktikaln­ya semuanya bermula dengan langkah pertama dan keputusan positif di GBK akan menyemarak­kan langkah pemain untuk perlawanan seterusnya.

 ?? (Foto Roslin Mat Tahir/bh) ?? Hamidin (tengah) bersama pemain dan pegawai pada majlis doa selamat bagi persediaan dan persiapan pasukan kebangsaan untuk perlawanan kelayakan Pusingan Kedua Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di kediaman Presiden FAM, Denai Alam.
(Foto Roslin Mat Tahir/bh) Hamidin (tengah) bersama pemain dan pegawai pada majlis doa selamat bagi persediaan dan persiapan pasukan kebangsaan untuk perlawanan kelayakan Pusingan Kedua Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di kediaman Presiden FAM, Denai Alam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia