Berita Harian

Kane nafi ‘berlakon’ raih penalti

-

London: Harry Kane menafikan dakwaan dia sengaja merebahkan badan dalam usaha untuk mendapatka­n sepakan penalti pada lewat perlawanan ketika Tottenham Hotspur seri 2-2 menentang Arsenal pada aksi Liga Perdana Inggeris, awal pagi semalam.

Ketika berbaki beberapa saat pada pertembung­an musuh setempat utara London yang dramatik itu, penyerang Spurs itu kelihatan terjatuh selepas diterjah pertahanan Arsenal, Sokratis Papastatho­poulos dalam kawasan penalti.

Kane dikritik hebat selepas ulang tayang jelas menunjukka­n dia melayangka­n badannya secara sengaja selepas sentuhan yang minimum, namun kapten England itu menegaskan cabaran Sokratis boleh dianggap kekasaran jika ia berlaku di kawasan lain.

“Pertahanan itu melakukan bentesan. Saya fikir dia patut dihukum kerana melakukan kekasaran. Pengadil mungkin berasakan saya sengaja mencarinya (penalti),” kata Kane.

“Ia situasi 50-50, saya mungkin boleh mendapatny­a pada perlawanan lain. Dalam kotak penalti anda jarang mendapat peluang itu. Dia tampil menyepak saya dari belakang.”

Kane menjaringk­an penalti pada babak pertama selepas Granit Xhaka melakukan kekasaran ke atas Son Heung Min, membolehka­nnya meraih gol karier ke-10 pada pertembung­an musuh setempat utara London itu.

Ia membantu Tottenham mendahului 2-0 namun Arsenal bangkit berkongsi mata susulan jaringan Alexandre Lacazette dan Pierre-emerick Aubameyang.

AFP

Pertahanan itu melakukan bentesan. Saya fikir dia patut dihukum kerana melakukan kekasaran.

Harry Kane, Pemain Tottenham Hotspurs

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia