Berita Harian

GALAK BAYI BERJALAN

BELAJAR BERJALAN dianggap langkah besar ke arah berdikari dan ia antara perkembang­an paling penting dalam hidup setiap bayi menuju ke alam kanak-kanak.

-

Adan merangkak.

di luar rumah atau atas permukaan yang kasar dan sejuk kerana berkaki ayam menolong memperbaik­i keseimbang­an dan koordinasi­nya. Seperti biasa, pastikan bayi anda ada persekitar­an yang lembut dan selamat untuk memupuk kemahiran barunya. Ikuti garis panduan biasa yang menjadikan rumah selamat untuk kanak-kanak dan jangan biarkan bayi anda tanpa pengawasan terutama jika dia terjatuh atau memerlukan pertolonga­n anda. PERANAN IBU BAPA ATAU PENJAGA KETIKA SAAT ITU: Semasa bayi belajar berdiri, dia mungkin memerlukan sedikit bantuan untuk belajar cara kembali duduk. Jika dia tersangkut dan memanggil anda, jangan hanya mengangkat dan mendudukka­nnya saja. Sebaliknya, tunjukkan cara membengkok­kan lututnya supaya dia boleh duduk tanpa terjatuh dan biarkan dia mencubanya sendiri. Anda boleh menggalakk­an bayi berjalan dengan berdiri atau berlutut di depannya sambil menghulurk­an tangan, dengan memegang kedua-dua tangannya dan membantuny­a bergerak ke arah anda atau menggunaka­n mainan yang boleh dipegang dan ditolak supaya berjalan (dapatkan mainan yang stabil dan bertapak sokongan luas). Oleh kerana kerusi beroda kecil bayi terlalu mudah digerakkan, ia menghalang otot paha anak anda berkembang dengan betul menyebabka­n sesetengah pakar tidak menggalakk­an penggunaan­nya. Selain itu ia juga ringan dan boleh membahayak­an bayi anda. Anda juga boleh tangguhkan memakai kasut sehingga bayi anda sudah biasa berjalan BILA PERLU BIMBANG Sesetengah kanakkanak normal tidak berjalan sehingga mereka mencapai usia 16 atau 17 bulan. Perkara yang penting adalah kemajuan kemahirann­ya dan jika bayi anda lambat meniarap dan merangkak, kemungkina­n dia juga lambat berjalan. Bagaimanap­un, selagi dia masih belajar kemahiran baru, anda tidak perlu terlalu bimbang. Perkembang­an setiap bayi berbeza, ada yang lebih cepat berbanding yang lain. Tetapi jika bayi anda kelihatan jauh ketinggala­n, berbincang dengan doktor atau pakar kanak-kanak. Ingatlah, bayi pramatang mungkin mencapai tahap ini serta tahap yang lain lebih lambat berbanding bayi lain. pabila dia beralih daripada berdiri sambil berpegang pada perabot lantas berjalan terhuyung-hayang menuju tangan anda, hinggalah berlari dan melompat dengan penuh keyakinan, bermakna dia sudah meninggalk­an zaman bayinya. Pada tahun pertamanya, koordinasi dan kekuatan otot badan bayi akan beransur-ansur menjadi lebih baik. Dia akan belajar duduk, meniarap dan merangkak sebelum boleh menarik dirinya naik dan berdiri pada sekitar usia lapan bulan. Bermula dari situ, dia hanya memerlukan keyakinan dan keseimbang­an. Kebanyakan bayi membuat langkah pertama mereka di antara usia sembilan hingga 12 bulan dan pandai berjalan apabila mereka berusia 14 atau 15 bulan. Jangan risau jika anak anda mengambil masa lebih lama kerana ramai kanak-kanak yang normal juga tidak berjalan sehingga mereka berusia 16 atau 17 bulan. Dalam beberapa bulan pertama, apabila anda mengangkat bayi dengan memegang bawah ketiaknya, dia akan menendang mana-mana permukaan yang disentuh kakinya, hampir kelihatan seperti berjalan. Tetapi ini cuma tindakan tindak balas kerana kakinya tidak cukup kuat untuk menampung berat badannya, namun tindak balas ini hilang selepas dua bulan. Apabila bayi berusia lima bulan, jika anda memegangny­a dengan kakinya tersentuh paha anda, dia terenjuten­jut turun naik. Mengenjut-enjut akan menjadi aktiviti kegemarann­ya untuk beberapa bulan yang akan datang. Otot kaki bayi akan terus berkembang sewaktu dia belajar meniarap, duduk

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia