Berita Harian

Tinggal sifat malas, terlalu suka berhibur

Majukan diri untuk bantu masyarakat, agama, negara

- Oleh Meor Ahmad Nasriin Rizal Ishak meor.ahmad@bh.com.my

Kuala Lumpur: Awal Muharam ialah bulan yang agung dan berkat kerana bulan pertama dalam kalendar Islam serta satu daripada bulan haram.

Firman Allah SWT dalam

surah At-tawbah ayat 36: Sesungguhn­ya bilangan bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan (yang sudah ditetapkan) dalam Kitab Allah semasa menciptaka­n langit dan bumi, di antaranya empat bulan yang dihormati.

Ketetapan yang demikian itu ialah agama yang betul lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan yang dihormati itu (dengan melanggar laranganny­a). Maal Hijrah atau Awal Muharam yang disambut oleh umat Islam seluruh dunia setiap tahun adalah permulaan tahun baharu bagi takwim Islam bersempena dengan memperinga­ti penghijrah­an Nabi Muhammad SAW dari Kota Makkah ke Kota Madinah.

Pensyarah Kanan Akademi Tamadun Islam, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaa­n, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr Mohd Al’ikhsan Ghazali, berkata pelajar perlu memahami konsep hijrah iaitu meneruskan kelangsung­an hidup supaya menjadi individu yang lebih baik.

Beliau berkata, pelajar yang baik iaitu yang cinta akan belajar, berasa takut gagal, berusaha bersungguh-sungguh, bersifat profesiona­l dan tidak berkira dengan masa.

“Pelajar perlu renung kekuatan atau kelebihan sedia ada untuk dimanfaatk­an dan memperbaik­i kelemahan diri.

“Mereka masih mempunyai peluang untuk berubah dengan sentiasa berusaha menjadi pelajar yang baik dan cemerlang kerana kejayaan akan datang melalui usaha serta bukan secara kebetulan,” katanya kepada BH Minda, baru-baru ini.

Masyarakat dahulu yang beramal soleh akan sentiasa menjaga 10 akhir Ramadan, 10 awal Zulhijjah dan 10 awal Muharam.

Tiga bulan Islam itu adalah musim ibadat yang akan dimanfaatk­an untuk melipatgan­dakan amal dan tidak dibiarkan berlalu dengan sia-sia.

Dr Mohd Al’ikhsan berkata, pelajar perlu mengambil pengajaran dalam peristiwa hijrah antaranya dengan insaf dan muhasabah diri.

“Sebagai pelajar, mereka boleh menghayati semangat hijrah dengan menambah ilmu pengetahua­n dan sentiasa fokus dalam pembelajar­an di dalam kelas,” katanya.

Beliau berkata, pelajar Muslim

yang soleh adalah yang berbuat baik dan mampu memperbaik­i kesilapan orang lain.

“Tanda diri sudah berubah dan menjadi baik adalah mendapat pengiktira­fan daripada masyarakat.

“Hadis riwayat Muslim daripada Abu Zar ra berkata: Dikatakan kepada Rasulullah SAW: Apa pandangan Tuan berhubung dengan seseorang yang melakukan kebaikan lalu orang ramai memuji dia? Jawab Baginda SAW: Itulah permulaan kegembiraa­n seorang

mukmin,” katanya. Mengulas lanjut, beliau berkata, pelajar harus meninggalk­an sifat malas dan tidak serius belajar serta berubah kepada rajin dan tekun untuk meraih kejayaan.

“Amalkan gaya hidup yang seimbang dengan membahagik­an masa iaitu solat wajib lima waktu, ulang kaji pelajaran pada waktu lapang dan fokus kepada akademik, selain meninggalk­an perkara mungkar seperti menghisap rokok, terjebak dengan zina dan membuli rakan.

“Pelajar perlu berusaha dan mengamalka­n nilai murni, bukan sahaja bagi memajukan diri tetapi juga untuk membantu masyarakat, agama dan negara,” katanya.

 ??  ?? Dr Mohd Al’ikhsan Ghazali
Dr Mohd Al’ikhsan Ghazali

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia