Berita Harian

Potensi Sarikei diperkasak­an

-

Sarikei: Potensi besar Sarikei sebagai pengeluar makanan wilayah tengah Sarawak akan terus diperkasak­an selaras dengan matlamat untuk meningkatk­an taraf dan sosial ekonomi rakyat khususnya di kawasan pedalaman.

Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg, berkata langkah proaktif itu bakal memberi manfaat besar kepada rakyat dalam tempoh jangka panjang.

Menerusi pendekatan itu katanya, kerajaan bukan sahaja membangunk­an sektor pertanian tetapi juga infrastruk­tur asas yang amat diperlukan oleh rakyat terutama di kawasan pesisir Sarawak.

“Kita mahu bahagian Sarikei hingga Betong menjadi pengeluar makanan bukan hanya untuk Malaysia tetapi juga dieksport ke luar negara.

“Bagaimanap­un bagi mencapai hasrat itu, kita harus membangun prasarana penting seperti jalan raya yang menjadi penghubung kepada rakyat selain memudahkan mereka untuk mengeluark­an hasil pertanian,” katanya pada majlis sambutan Hari Kebangsaan peringkat negeri, di sini, semalam.

Beliau memberi jaminan kerajaan akan terus komited menaik taraf sistem perhubunga­n sebagai rangkaian logistik yang mampu membantu merancakka­n lagi pembanguna­n terutama di kawasan pesisir.

Katanya, antara prasarana yang sedang dalam pembinaan termasukla­h Jambatan Muara Lassa, Jambatan Paloh dan Jalan Pasi yang menghubung­kan Sarikei dengan Tanjung Manis.

“Pada masa sama, kita tidak lupa untuk membekal dan menaik taraf kemudahan lain seperti bekalan air dan elektrik.

“Tidak dapat dinafikan, Sarawak meraih pelbagai kejayaan sejak 65 tahun lalu dan kita akan terus mengorak langkah bagi mencapai hasrat sebagai sebuah negeri maju menjelang 2030.

“Sehubungan itu, saya menggesa rakyat terus bersatu dan memberikan sokongan penuh supaya perjuangan kita dapat diteruskan,” katanya.

 ?? (Foto Khalid Latip /BH) ?? Abang Johari pada majlis sambutan Hari Kebangsaan peringkat negeri Sarawak di Sarikei, semalam.
(Foto Khalid Latip /BH) Abang Johari pada majlis sambutan Hari Kebangsaan peringkat negeri Sarawak di Sarikei, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia