Berita Harian

Van Dijk dipaksa berlatih sebelum cemerlang

Bermula di posisi bek kanan, dihambat isu kecederaan sebelum menyerlah di Anfield

- Susunan Syed Riduan Ahmad smriduan@bh.com.my

Virgil van Dijk tiba di Liverpool sebagai pemain pertahanan termahal dan kini dia turut diiktiraf sebagai Pemain Lelaki Terbaik UEFA.

Namun perjalanan­nya untuk sampai ke tahap sekarang bukan mudah. Pada usia 28 tahun, dia tampil buat kali pertama di peringkat kalah mati Liga Juarajuara ialah musim lalu di mana Liverpool muncul juara.

Pada usia remaja, Van Dijk bermain di posisi bek kanan untuk Willem II sebelum beralih ke bek tengah.

Perubahan fizikalnya menimbulka­n masalah dan kemajuanny­a terbantut akibat kecederaan lutut dan pangkal paha.

Ketika cergas, dia mencuri perhatian, terutama bersama skuad bawah 19 dan 23 tahun serta sering bersama skuad utama.

Namun dia menghabisk­an masa dengan beraksi dalam perlawanan dan kurang mengembang­kan keupayaann­ya di padang latihan - sesuatu yang mula diperbetul­kan apabila dia menyertai Groningen.

“Saya lihat seorang pemain yang tidak cukup cergas untuk beraksi dalam permainan,” kata jurulatih pasukan simpanan Dick Lukkien. “Dia tidak berlatih ketika hari biasa dan kami menggunaka­n enam bulan pertama untuk meningkatk­an kecergasan­nya.”

Peter Huistra, bekas pemain Belanda, bertanggun­gjawab memberikan Van Dijk penampilan sulung di peringkat senior pada usia 19 tahun.

“Pada awalnya dia perlu dipaksa untuk berlatih bagi meningkatk­an kemampuann­ya,” kata Huistra. “Dia menjadi semakin kuat dan cergas. Selepas itu dia mula mengambil inisiatif untuk meningkatk­an kemahiran dan keupayaann­ya.

“Jadi ketika dia menyertai skuad utama, saya lihat dia mula melabur untuk dirinya sendiri pergi ke gym dan menjadi lebih kuat. Dia mempelajar­inya daripada Dick Lukkien.”

Van Dijk kemudian menyertai Celtic pada musim panas 2013. Pada hari pertama, pengendali Celtic Neil Lennon memberitah­u Van Dijk untuk menikmati saat bersama kelab itu kerana dia menyedari sukar untuk menghalang­nya daripada berpindah ke kelab lain.

Pada Oktober 2013, Van Dijk beraksi cemerlang ketika kekalahan 1-0 di tangan Barcelona, di mana Celtic terpaksa bermain 10 orang selepas kehilangan kapten Scott Brown di awal babak kedua.

Van Dijk kemudian berpeluang beraksi di Liga Perdana Inggeris (EPL) bersama Southampto­n yang membelinya pada harga 13 juta pound (RM66.5 juta) di musim panas 2015.

Ronald Koeman, pengendali Saints ketika itu, juga pernah beraksi bersama Groningen dan mengetahui kemampuann­ya.

Dia pantas menyesuaik­an diri dengan EPL dan membantu Southampto­n mengharung­i musim terbaik mereka dalam tempoh 30 tahun, di mana Van Dijk diberi tanggungja­wab sebagai kapten pada pertengaha­n musim.

Pada tahun terakhirny­a bersama kelab, Liverpool membayar 75 juta pound (RM383.4 juta) dan menandatan­ganinya pada Januari 2018.

Dia segera memberikan impak dengan membantu Liverpool menyingkir­kan Everton dalam saingan Piala FA menerusi jaringan kemenangan lewat permainan.

Dari penampilan sulungnya untuk Liverpool hingga sekarang, tidak ada kelab lain dalam EPL yang dibolosi lebih sedikit.

 ??  ??
 ??  ?? Van Dijk menyertai kelab Willem II ketika remaja. Van Dijk ketika di Groningen. Van Dijk beraksi cemerlang bersama Celtic. Membantu Southampto­n mengharung­i musim terbaik sebelum berpindah ke Liverpool.
Van Dijk menyertai kelab Willem II ketika remaja. Van Dijk ketika di Groningen. Van Dijk beraksi cemerlang bersama Celtic. Membantu Southampto­n mengharung­i musim terbaik sebelum berpindah ke Liverpool.
 ??  ?? Van Dijk bersama isterinya, Rike Nooitgedag­t.
Van Dijk bersama isterinya, Rike Nooitgedag­t.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia