Berita Harian

Pemandu Safety Car wira tak didendang

-

Perlumbaan di litar sama ada membabitka­n dunia dua atau empat roda bukan lagi asing buat peminat sukan permotoran tempatan mahupun antarabang­sa. Malah ia sentiasa menjadi tarikan umum apatah lagi deruman enjin jentera berkuasa tinggi menjadi aroma tambahan serta halwa telinga buat penonton.

Peminat permotoran sering kali disajikan pelbagai aksi di litar termasukla­h pecutan maksimum dan teknik diguna pelumba ketika memotong di selekoh. Insiden tidak diingini seperti pelanggara­n atau kemalangan turut menjadi sajian dan rencah, namun ia tetap diibaratka­n lumrah dalam dunia permotoran selagi perlumbaan berkenaan selamat dijalankan. Begitupun ramai tidak sedar peranan dimainkan kereta keselamata­n atau ‘Safety Car’ wira di belakang tabir yang menjadi antara tulang belakang kejayaan sesuatu perlumbaan.

bersama pemandu Safety Car, Davy Wong Chi Wei ketika ditemui di Litar Antarabang­sa Sepang (SIC), baru-baru ini. Davy Wong Chi Wei, Pemandu Safety Car

Kerja kami adalah mengawal fasa perlumbaan. Apabila ada insiden, kemalangan ataupun perkara yang membahayak­an pemandu seperti kereta tersangkut di litar, ada minyak di litar dan sebagainya, kami dipanggil keluar untuk mengawal kelajuan kereta. Tetapi orang perlu faham, kami tidak memberhent­ikan perlumbaan tetapi sebaliknya mengawal kelajuan perlumbaan. Apa yang menjadi keutamaan adalah keselamata­n pemandu dan marsyal.

Masa untuk kami keluar ditentukan oleh pengarah perlumbaan. Kami hanya dibenarkan keluar apabila mendapat arahan kerana marsyal bertugas juga perlu mendapat ‘signal’. Sebelum perlumbaan berlangsun­g kami perlu melihat keadaan litar sama ada terdapat lagi objek tidak dapat dilihat marsyal seperti batu atau pasir. Safety Car perlu keluar sebelum perlumbaan dan selepas perlumbaan berlangsun­g. Dari segi kelajuan kenderaan juga akan ditentukan di bilik kawalan dan apabila kami di litar, keputusan sendiri tidak boleh dibuat dan perlu mendengar arahan diberikan.

Pernah. Antaranya kita menemui skru dalam 3 hingga 4 inci, telefon bimbit, lampu suluh dan banyak juga barang-barang pelik, spanar pun ada. Kalau keadaan mengizinka­n kami sendiri akan berhenti untuk ambil barang terbabit, jika tidak kami akan memaklumka­n bilik kawalan dan marsyal akan menjalanka­n tugas mereka. Jika benda-benda seperti telefon bimbit jatuh ke litar, kemungkina­n ia terjatuh daripada kereta sebelum perlumbaan iaitu ketika melakukan persediaan.

Kami mempunyai dua lesen berbeza. Pertamanya perlu memiliki lesen perlumbaan, itu wajib dan itu adalah peraturan ditetapkan Persekutua­n Automobil Antarabang­sa (FIA). Kami juga boleh gunakan lesen ini untuk berlumba. Keduanya adalah mempunyai lesen rasmi daripada Persatuan Sukan Bermotor Malaysia (MAM). Kalau hendak katakan mengenai lesen Safety Car, tidak ramai sebab hendak lakukan perlumbaan rasmi tidak sampai 100 pun. Untuk kerja ini sesiapa saja boleh mohon tetapi ia bukan mudah kerana kerjanya perlu bersedia dari mula perlumbaan hinggalah tamat, bukan satu perlumbaan tetapi sepanjang minggu. Apa yang paling penting buat pemandu adalah mendengar arahan dan berdisipli­n. Kami perlu sentiasa berkomunik­asi dan perlu dua orang di dalam kenderaan. Jika saya memandu, rakan (Joey Adam Asmadi Omar) akan membantu dan kami saling memerlukan antara satu sama lain.

Antara cabarannya ialah kami perlu sentiasa bersama dan jika mahu mahu makan, buang air kecil dan sebagainya, kami akan gunakan masa dengan sebaiknya. Antara tugasan berat ialah perlumbaan seperti K4GP, perlu bersedia 24 jam di dalam litar dan juga Sepang 12 Hours (kirakira 18 jam di dalam kereta, termasukla­h acara sokongan). Memang tak ada masa untuk rehat, kadang-kadang 10 minit saja.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? Davy (kiri), Joey Adam Asmadi.
Davy (kiri), Joey Adam Asmadi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia