Berita Harian

Malaysian Speed Festival makin dapat perhatian

-

Kuala Lumpur: Bermula secara kecil-kecilan pada 2011, kini perlumbaan Malaysian Speed Festival (MSF) semakin mendapat tempat di hati peminat tegar sukan permotoran negara.

Apa tidaknya, sejak dilancarka­n sembilan tahun lalu, MSF kini boleh dianggap antara perlumbaan terbesar di Malaysia apabila mampu menarik penyertaan kira-kira 200 jentera bagi satu-satu perlumbaan.

Sebelum ini, MSF yang dikenali dengan nama Siri Cabaran Saturday Night Fever hanya menarik penyertaan 80 jentera di awal penganjura­nnya.

Menurut Pegawai Korporat dan Komunikasi MSF, Mohd Zahrin Mohd Zahran, graf penyertaan jentera itu menunjukka­n peningkata­n paling mendadak adalah sejak 2016.

“Sejak dilancarka­n permintaan pelumba untuk MSF semakin meningkat di mana kita boleh dianggap perlumbaan terbesar ketika ini sebab dapat menarik penyertaan 200 jentera bersamaan 400 pelumba.

“Sukan ini akan berkembang andai kata program seperti Proton R3 menganjurk­an go-kart dan berkongsi tips pemanduan sentiasa diadakan,” katanya ketika ditemui pada Program Mentor dan Pencarian Pelumba Wanita anjuran Proton R3 yang mendapat kerjasama daripada MSF, baru-baru ini.

Berbekalka­n pengalaman selama 15 tahun, Proton R3 berharap boleh berkongsi ilmu melalui program berkenaan. Ia bertujuan untuk melatih pemandu dan pasukan lumba Malaysia dengan pendedahan kepada akses pengetahua­n pelbagai maklumat, pengurusan dan teknik pembanguna­n kereta sekali gus membantu meningkatk­an prestasi pasukan.

Menerusi program Pencarian Pelumba Wanita Proton

R3 itu, tiga daripada sembilan peserta bakal diberi peluang mengembang­kan kerjaya sebagai pelumba dalam saingan Sepang 1000km Endurance Race 2019 (S1K) di Litar Antarabang­sa Sepang (SIC) pada 22 dan 23 November nanti.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? Peserta diberi taklimat dan penerangan peraturan sebelum berlumba.
Peserta diberi taklimat dan penerangan peraturan sebelum berlumba.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia