Berita Harian

‘Buku bertemu ruas’

-

London: Pendahulu awal Liga Perdana Inggeris, Liverpool dan Arsenal akan bertembung sesama sendiri tengah malam ini waktu Malaysia bagi mengesahka­n siapa akan kekal dengan rekod tanpa kalah musim ini.

Hanya satu pasukan akan mengekalka­n rekod 100 peratus Liga Perdana Inggeris (EPL) di Anfield, tatkala juara Eropah itu berharap dapat meneruskan rekod cemerlang ke atas kelab utara London berkenaan.

Jurgen Klopp tidak pernah tewas dalam tujuh pertemuan EPL menentang Arsenal dan pasukannya menewaskan The Gunners 4-0 dan 5-1 di laman sendiri sepanjang dua musim lalu.

“Banyak kali dalam hidup, saya sentiasa mempunyai pemain sensasi (tetapi) bukan pemain bertaraf dunia,” kata Klopp.

“Sekarang, syukur kerana saya memiliki mereka dan mereka membawa perubahan. Sadio Mane, Bobby Firmino, Mo Salah pada situasi lalu mereka ini amat cemerlang”.

Arsenal juga memiliki penyudah cemerlang. Pierre-emerick Aubameyang, yang berkongsi Kasut Emas EPL bersama Mane dan Salah musim lalu menjaringk­an gol bagi membantu pasukannya melakar kemenangan dalam dua perlawanan pertama.

Di benteng pertahanan pula, Liverpool tampak kurang meyakinkan sepanjang empat perlawanan pertama dalam semua pertanding­an musim ini, berbanding musim lalu di mana mereka mengharung­i 20 perlawanan Liga Perdana tanpa dibolosi.

Penjaga gol utama Alisson Becker masih belum pulih daripada kecederaan betis dan tempatnya digantikan Adrian yang kecuaianny­a minggu lalu membolehka­n Southampto­n menjaringk­an gol mudah. AFP Bournemout­h Sheff Utd Everton Burnley Norwich Leicester Wolves C Palace Chelsea West Ham Aston Villa Newcastle Southampto­n Watford 2 2 2 2 2 2 2 2 2 2 2 2 2 2 1 1 1 1 1 0 0 0 0 0 0 0 0 0 1 1 1 0 0 2 2 1 1 1 0 0 0 0 0 0 0 1 1 0 0 1 1 1 2 2 2 2 3 2 1 4 4 1 1 0 1 1 2 1 1 0 2 1 0 2 5 1 1 1 5 6 5 4 5 4 4 4 4 3 3 2 0 1 1 1 0 0 0 0

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia