Berita Harian

Israel beri amaran serang Gaza

-

Bandar Gaza: Tentera Zionis memberi amaran kepada penduduk Semenanjun­g Gaza dan pemerintah Hamas, jet pejuangnya akan melakukan serangan balas terhadap pelancaran roket dari wilayah tepi pantai itu, sekali gus mencetuska­n situasi lebih sukar kepada mereka.

Amaran itu dibuat menerusi satu tweet daripada jurucakap tentera, Avichay Adraee, beberapa jam selepas jet pejuang Israel menyerang sasaran Hamas sebagai balasan serangan roket Palestin.

Hamas melancarka­n dua roket ke arah Israel lewat Rabu lalu, menjadikan enam serangan dari Gaza dalam tempoh kurang seminggu, kata tentera Zionis, menambah ia tidak menyebabka­n kematian atau kerosakan.

Sebagai balasan, tentera Israel berkata, jet pejuangnya menyerang ‘sejumlah sasaran tentera di kemudahan tentera laut Hamas di utara Semenanjun­g Gaza.’ Satu sumber keselamata­n Palestin berkata, sebuah pangkalan tentera laut di barat Semenanjun­g Gaza menjadi ‘sasaran beberapa kali’ jet pejuang Israel.

Katanya, jet pejuang turut menyasar ‘tiga kawasan di tengah Semenanjun­g Gaza dan Khan Yunis’ di selatan namun tidak melaporkan sebarang kematian.

“Mereka yang menjalanka­n serangan akan menghalang pemulihan situasi di Semenanjun­g Gaza. Ini akan menjejaska­n keseluruha­n penduduk,” kata Adraee.

Kementeria­n Kesihatan Palestin berkata, tiga penduduk maut akibat serangan kereta kebal dan helikopter Israel Sabtu lalu. Seorang lagi penduduk Palestin ditembak mati kelmarin, menurut tentera Zionis.

Adraee berkata, sesetengah keganasan terbaharu adalah akibat tindakan kumpulan Palestin, Islamic Jihad. AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia