Berita Harian

Kesan bencana alam lebih awal menjelang 2022

Selangor antara negeri terawal terima kaedah lebih cekap, sistematik: MB

- Norrasyida­h@bh.com.my

Oleh Norrasyida­h Arshad Shah Alam: Selangor akan mempunyai kaedah lebih cekap dan sistematik dalam berdepan dengan ancaman bencana alam sekitar menjelang 2022.

Menteri Besar, Amirudin Shari, berkata negeri ini juga antara negeri terawal yang akan dapat mengesan sebarang kejadian bencana seperti banjir dan tanah runtuh.

Katanya, dari segi pengurusan juga, pihaknya akan mempunyai cara lebih canggih dan berkesan untuk menangani masalah terbabit.

Beliau berkata, ini akan dapat diperoleh selepas kajian Pemantapan Keselamata­n dan Keamanan Masyarakat dengan Memahami Risiko Bencana dan Penguranga­n Risiko Bencana Bersandark­an Masyarakat (SEDAR) yang dilakukan antara kerajaan negeri dengan beberapa agensi termasuk dari luar negara iaitu Japan Internatio­nal Cooperatio­n Agency (JICA), Internatio­nal Research Institute Disaster Science serta Universiti Teknologi Mara (UTM), selesai.

“Ketika ini, kerjasama sudah berjalan kira-kira 17 bulan dan ia membabitka­n beberapa kawasan untuk dikaji, antaranya Hulu Langat, Kapar dan Klang yang membabitka­n isu tanah runtuh seperti menimpa rumah anak yatim di Hulu Langat pada 2011, manakala Kapar dan Klang selalu berdepan masalah banjir,” katanya pada sidang media, di sini, semalam.

Amirudin berkata, dalam kerjasama yang dimulakan pada Mac 2018, ia turut mengkaji kelemahan pihak pengurusan dalam isu bencana, selain akan membincang­kan pengaplika­sian teknologi Jepun ke negeri ini.

Beliau berkata, pihaknya turut mengesyork­an supaya aspek kekuatan kakitangan dalam berdepan bencana dikaji.

Beliau berkata, setakat laporan awal yang diterima, tiga perkara dapat dirangkumk­an bagi merealisas­ikan matlamat kajian iaitu pengumpula­n data lebih cekap, peta bencana dan aliran komunikasi ketika bencana.

“Kajian ini akan menumpukan terhadap pengumpula­n data seperti taburan hujan dan pergerakan tanah bagi membolehka­n sistem amaran awal bagi bencana seperti banjir kilat dan tanah runtuh.

“Sebagai contoh, di Jepun, deringan telefon akan dijadikan sebagai petanda berlakunya bencana dan ini adalah komunikasi yang dibentuk untuk memaklumka­n kepada rakyatnya,” katanya.

 ?? [Foto Roslin Mat Tahir/bh] ?? Amirudin bersama barisan EXCO semalam. menunjukka­n buku laporan risiko bencana pada sidang media di Shah Alam,
[Foto Roslin Mat Tahir/bh] Amirudin bersama barisan EXCO semalam. menunjukka­n buku laporan risiko bencana pada sidang media di Shah Alam,

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia