Berita Harian

Calon Top 5 dekati peminat

-

Oleh Fatin Farhana Ariffin

Ungkapan tanpa peminat, siapalah artis dalam dunia seni hiburan sememangny­a amat tepat bagi menggambar­kan situasi saling memerlukan antara dua golongan terbabit. Tanpa sokongan peminat, belum tentu kerjaya seorang pelakon, penyanyi, pelawak, pengacara televisyen mahupun penyampai radio mampu berkembang maju. Pelakon veteran, Delimawati Ismail, 61, cukup menyedari hakikat itu. Menerusi sokongan peminat jugalah dirinya buat julung kali bergelar calon Top 5, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) edisi ke-32. Berbekalka­n karya popular, Hantu Kak Limah, dia dicalonkan dalam kategori Pelakon Filem Wanita Popular bersama-sama Erra Fazira, Mira Filzah, Uqasha Senrose dan Hannah Delisha.

Bagi menghargai sokongan mereka, pelakon ini sangat teruja apabila berpeluang memeriahka­n siri jelajah ABPBH 32 yang berlangsun­g di Aman Central, Alor Setar, Kedah, hari ini.

“Sebagai artis, kita tidak boleh bersikap sombong kerana tanpa peminat, siapalah kita di arena seni? Justeru, saya sangat gembira apabila penganjur memberikan ruang untuk saya bertemu peminat pada siri jelajah kali ini.

“Apapun, bukan sekadar di siri jelajah, malah kalau berjumpa peminat di mana-mana sekalipun, saya tetap melayan mereka dengan baik. Apa salahnya kita luangkan sedikit masa untuk mereka, termasuk ketika diajak bergambar?” kata Delimawati yang kini menjalani penggambar­an drama di Bota, Perak.

Bukan sekadar di siri jelajah, malah kalau berjumpa peminat di mana-mana sekalipun, saya tetap melayan mereka dengan baik. Apa salahnya kita luangkan sedikit masa untuk mereka, termasuk ketika diajak bergambar?”

Insomniack­s yang julung kali tersenarai sebagai calon Top 5 ABPBH, menerusi kategori Artis Kolaborasi/duo/berkumpula­n Popular, juga tidak sabar untuk menghiburk­an peminat mereka di utara tanah air.

Pemain bes kumpulan itu, Wan Arif Iskandar, berkata mereka sememangny­a menunggu peluang untuk bertemu peminat di luar Kuala Lumpur (KL).

“Insomniack­s sangat teruja untuk menyertai siri jelajah ini, apatah lagi kami banyak menerima permintaan peminat supaya datang ke Kedah. Kami sendiri sangat seronok apabila menjelajah bersama-sama sebagai sebuah kumpulan, justeru peluang sebegini memang takkan dilepaskan,” katanya.

Selain Iskandar, kumpulan yang popular dengan lagu Pulang itu turut dianggotai oleh Syed Mir Iqbal selaku vokalis dan pemain gitar utama; Gavin Wong (dram); serta Ahmad Danial (gitar).

Katanya lagi, mereka sudah sering menjayakan persembaha­n di sekitar Lembah Klang, justeru peluang bertemu peminat di negari jelapang padi amat dihargai.

Bagi calon Artis Baharu Lelaki Popular, Ryan Deedat, jika boleh dia mahu menjayakan semua acara promosi anugerah hiburan pilihan peminat paling lama bertahan itu.

Pernah menyertai siri jelajah pertama di Komtar JBCC, Johor Bahru, 3 Ogos lalu, kata penyanyi ini, acara itu menjadi ruang buatnya mendekatka­n diri dengan penyokong.

“Saya cukup gembira apabila kali kedua dapat menyertai siri jelajah ABPBH 32. Lebih-lebih lagi, inilah kali

 ??  ?? Insomniack­s
Insomniack­s
 ??  ?? Delimawati
Delimawati

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia