Berita Harian

Laba bersih suku kedua Petronas Dagangan susut

-

Keuntungan bersih Petronas Dagangan Bhd susut kepada RM172.75 juta pada suku kedua berakhir 30 Jun 2019 (Q2 2019) berbanding RM314.42 juta pada tempoh sama sebelumnya.

Ia terutamany­a disebabkan oleh keuntungan kasar yang lebih rendah ditambah dengan perbelanja­an operasi yang tinggi dan pendapatan lain yang lebih rendah.

Dalam maklumanny­a kepada Bursa Malaysia semalam, syarikat minyak dan gas itu bagaimanap­un berkata, pendapatan meningkat kepada RM7.61 bilion pada Q2 2019 berbanding RM7.28 bilion sebelumnya, disebabkan pertumbuha­n 8.0 peratus tahun ke tahun dalam jumlah jualan.

Syarikat itu juga mengisytih­arkan dividen interim sebanyak 14 sen sesaham biasa pada Q2 2019.

Dalam kenyataan berasingan, Petronas Dagangan berkata, untuk suku yang disemak semula, jumlah jualan perniagaan runcit meningkat sebanyak lapan peratus tahun ke tahun, disebabkan oleh produktivi­ti stesen yang lebih baik, peningkata­n bilangan stesen operasi dan jumlah yang lebih tinggi didaftarka­n untuk Petronas Primax 95 baharu dengan pro-pemanduan.

“Keuntungan kasar menurun sebanyak lima peratus tahun ke tahun terutamany­a disebabkan penurunan harga Mean of Platts Singapore (MOPS) dan kos produk yang lebih tinggi pada suku terbabit,” katanya.

Untuk tempoh sama, syarikat itu berkata, perniagaan komersial mencatatka­n sembilan peratus peningkata­n jumlah jualan tahun ke tahun, terutamany­a disebabkan oleh permintaan yang tinggi untuk Jet A1, walaupun keuntungan kasar merosot sembilan peratus tahun ke tahun berikutan margin yang lebih rendah untuk diesel dan penurunan jumlah minyak bahan api.

Mengenai perniagaan gas petroleum cecair, katanya jumlah jualan meningkat tiga peratus tahun ke tahun manakala keuntungan kasar turun 11 peratus tahun ke tahun disebabkan oleh kos produk lebih tinggi.

"Jumlah jualan perniagaan minyak pelincir dan keuntungan kasar masing-masing susut 15 peratus dan lima peratus tahun ke tahun berikutan permintaan yang lebih rendah dalam segmen komersial di tengah-tengah landskap pasaran yang berdaya saing,” katanya.

Untuk separuh pertama tahun ini, keuntungan bersih Petronas Dagangan menurun kepada RM463.95 juta berbanding RM 532.90 juta, manakala pendapatan sedikit tinggi pada RM14.69 bilion berbanding RM14.35 bilion sebelumnya.

Selain itu, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohd Tahir, berkata syarikat itu menjangkak­an pasaran akan terus mencabar.

Bagaimanap­un, beliau berkata, syarikat itu akan terus mendorong pertumbuha­n jualan dengan memanfaatk­an bahan api dan pelincir yang baru dilancarka­n, rangkaian bekalan dan pengedaran yang luas, serta rangkaian stesen dan rakan kongsi yang banyak. BERNAMA

 ??  ?? Syed Zainal Abidin
Syed Zainal Abidin

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia