Berita Harian

Henti segera tindakan jejas ketenteram­an

-

Kuala Lumpur: Polis mengingatk­an orang ramai supaya menghentik­an serta merta semua bentuk tindakan yang boleh memburukka­n lagi keadaan termasuk perhimpuna­n aman.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador, berkata tindakan akan diambil ke atas penganjur dan peserta perhimpuna­n yang bertindak dalam apa juga cara yang boleh menjejaska­n ketenteram­an awam dan keselamata­n negara.

Beliau turut memberi amaran kepada semua pihak supaya tidak memainkan isu sensitif yang boleh menggugat keamanan dan ketenteram­an awam.

“Sejak kebelakang­an ini, banyak isu sensitif dimainkan pihak tidak bertanggun­gjawab di pelbagai platform komunikasi dan laman sosial.

“Tindakan itu jelas sekali mampu mengganggu gugat perpaduan dan keharmonia­n masyarakat berbilang kaum serta agama di negara ini,” katanya semalam.

Abdul Hamid berkata, pihaknya menerima 69 laporan berhubung isu bendera diterbalik­kan dan sebanyak sembilan kertas siasatan sudah dibuka.

Katanya, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Seksyen 14 Akta Kesalahan-kesalahan Kecil 1955.

Katanya, semua kes masih dalam siasatan dan akan dirujuk Pejabat Peguam Negara dalam masa terdekat untuk arahan lanjut.

“Berhubung isu ceramah Dr Zakir Naik, sehingga kini 515 laporan diterima dan sedang disiasat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) D5, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.

“Beberapa saksi berkaitan sudah dipanggil memberi keterangan, siasatan hampir dilengkapk­an dan kertas siasatan akan dirujuk kepada Pejabat Peguam Negara dalam masa terdekat.

“Larangan daripada meneruskan sebarang aktiviti ceramah sehingga siasatan selesai juga dikeluarka­n dan Dr Zakir akur dengan arahan untuk tidak lagi meneruskan siri jelajah atau ceramah di seluruh negara,” katanya.

Abdul Hamid berkata, 24 laporan polis diterima berhubung isu tulisan khat atau jawi dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan oleh USJT Bukit Aman.

“Pengerusi Persatuan Dong Zong, Tan Tai Kim dan Setiausaha persatuan, Ng Chai Heng dipanggil untuk dirakam percakapan dan kes masih dalam siasatan,” katanya.

Sejak kebelakang­an ini, banyak isu sensitif dimainkan pihak tidak bertanggun­gjawab di pelbagai platform.

Abdul Hamid Bador, Ketua Polis Negara

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia