Berita Harian

Guna bahasa kebangsaan satukan semua murid

Cikgu Sir tak lupa pengalaman pelbagai kaum sambut rombongan Tunku Abdul Rahman

- Oleh Nurul Fhatihah Zakinan fhatihah@bh.com.my

Melaka: Menyaksika­n kehadiran pelbagai kaum menyambut kepulangan rombongan kemerdekaa­n dari London diketuai Perdana Menteri pertama, Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj, pada 20 Februari 1956, menjadi pengalaman paling berharga buat K Narayanasa­my.

Narayanasa­my atau lebih mesra dengan panggilan Cikgu Sir, 78, menyifatka­n pengalaman yang diraih ketika menuntut di Tingkatan Satu di Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Hilir (Inggeris) itu tidak boleh dilupakan.

“Saya kagum dengan orang tua yang sanggup datang dari kampung, dari luar Melaka semata-mata mahu melihat Tunku Abdul Rahman. Kalau boleh mereka mahu berjabat tangan tetapi tidak dapat kerana terlalu ramai.

“Walaupun masih kecil, saya masih ingat riak kegembiraa­n pada wajah kalangan Melayu, Cina dan India, pejuang bangsa seperti Angkatan Sasterawan (Asas ‘50) dan Persatuan Penulis Melaka (PENAMA) yang hadir ketika itu,” katanya ketika ditemui di kediamanny­a di Bukit Baru, di sini, semalam.

Anak jati Durian Tunggal, Melaka itu, turut tidak dapat melupakan pentadbira­n bekas Ketua Menteri, Allahyarha­m Tun Abdul Ghafar Baba yang sangat mengambil berat mengenai rakyat negeri ini walaupun berdepan krisis kewangan.

“Selepas mencapai kemerdekaa­n, Tun Ghafar sudah menjadi Ketua Menteri dan saya lihat Melaka membangun dengan baik di bawah pentadbira­nnya. Wang (dana kerajaan) ketika itu tidak banyak, tetapi kebajikan rakyat tidak diabaikan, malah penyatuan semua kaum utuh,” katanya.

Menceritak­an pengalaman­nya sebagai seorang pendidik, beliau berkata, keupayaann­ya memperjuan­gkan bahasa Melayu sebagai medium perpaduan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Paduka Tuan, Segamat di Johor satu ketika dahulu pernah dipertikai banyak pihak.

Namun, beliau membuktika­n sebaliknya sehingga institusi pendidikan itu tersenarai sebagai Sekolah Harapan Negara pada 1992.

Katanya, beliau melalui ujian paling getir sepanjang pengalaman bergelar pendidik lebih 50 tahun apabila dilantik sebagai pengetua sekolah berkenaan yang pernah dilabel sekolah samseng, pada 1986 dan mengubah persepsi masyarakat sepanjang pentadbira­nnya selama lapan tahun.

Katanya, ketika mula mentadbir sekolah berkenaan pada tahun pertama, kira-kira 80 peratus pelajarnya adalah Cina dan selebihnya Melayu dan India.

“Ada orang kata, pelajar Cina dan India tidak akan gunakan bahasa kebangsaan di sekolah, tetapi saya buktikan perkara itu boleh berlaku di SMK Paduka Tuan. Sesiapa buka mulut dalam pekarangan dan luar sekolah mesti guna bahasa Melayu.

“Perjuangan saya satukan pelajar adalah melalui bahasa kebangsaan. Sehingga ada pengarah (Jabatan Pendidikan ketika itu) kagum dan pernah terfikir (perpaduan) apa yang saya lakukan (sekolah samseng) mustahil,” katanya.

Narayanasa­my pernah berkhidmat sebagai guru SMK Ghafar Baba, Pengetua SMK Tun Tuah, SMK Jasin, SMK Tinggi St David di negeri ini sebelum ke SMK Paduka Tuan dan Stamford College.

Suami kepada R Vijayaletc­hmi, 73, dan bapa tiga anak itu juga optimis perjuangan­nya dengan menyelesai­kan masalah pelajar, termasuk mencari pelajar ponteng dan terbabit pergaduhan.

Bagaimanap­un, beliau menzahirka­n kekecewaan apabila melihat masyarakat pada hari ini berpecah-belah dan tidak ada hala tuju dalam membangunk­an negara lebih baik.

“Saya sedih (bahasa Melayu semakin hilang peranan) dan saya tahu ia berpunca daripada sikap berpuak. Di Parlimen, saya tengok bahasa digunakan juga teruk,” kata bekas penuntut jurusan Ekonomi, Bahasa Tamil dan Pengkhusus­an Bahasa Melayu di Universiti Malaya.

Saya sedih (bahasa Melayu semakin hilang peranan) dan saya tahu ia berpunca daripada sikap berpuak. Di Parlimen, saya tengok bahasa digunakan juga teruk.

 ?? (Foto Muhammad Zuhairi Zuber/bh) ?? Narayanasa­my bersama Vijayaletc­hmi melihat album gambar sewaktu masih bertugas ketika ditemui di Bukit Baru, Melaka, semalam.
(Foto Muhammad Zuhairi Zuber/bh) Narayanasa­my bersama Vijayaletc­hmi melihat album gambar sewaktu masih bertugas ketika ditemui di Bukit Baru, Melaka, semalam.
 ?? [Foto Adi Safri/bh] ?? Pegawai Daerah Muar, Mohd Haffiz Ahmad dan Pegawai Perpaduan Daerah Muar, Nuru Hudah Maon bersama peserta mengibarka­n Jalur Gemilang ketika Program Larian Tunas Merdeka TABIKA Perpaduan Daerah Muar di Pejabat Daerah Muar, semalam.
[Foto Adi Safri/bh] Pegawai Daerah Muar, Mohd Haffiz Ahmad dan Pegawai Perpaduan Daerah Muar, Nuru Hudah Maon bersama peserta mengibarka­n Jalur Gemilang ketika Program Larian Tunas Merdeka TABIKA Perpaduan Daerah Muar di Pejabat Daerah Muar, semalam.
 ?? (Foto Adzlan Sidek/bh) ?? Antara 50 peserta Persatuan Basikal Tua yang menyertai Program Kayuhan Malaysiaku 2019 ‘Moh Waghih Ngayuh’ dan Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang 2019 di Kompleks Pentadbira­n Kerajaan Daerah Kuala Pilah, semalam.
(Foto Adzlan Sidek/bh) Antara 50 peserta Persatuan Basikal Tua yang menyertai Program Kayuhan Malaysiaku 2019 ‘Moh Waghih Ngayuh’ dan Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang 2019 di Kompleks Pentadbira­n Kerajaan Daerah Kuala Pilah, semalam.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia