Berita Harian

Perlu etika baharu jaga alam sekitar

Dunia berdepan ‘darurat iklim’ angkara manusia: Sultan Nazrin

- Oleh Luqman Arif Abdul Karim luqman.arif@bh.com.my

Bangi: Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzudin Shah, bertitah dunia yang kini berdepan situasi ‘darurat iklim’ angkara kerakusan manusia memerlukan etika baharu penjagaan alam sekitar.

Baginda bertitah, langkah tuntas itu perlu dilaksana memandangk­an ahli sains terkemuka mengunjurk­an masyarakat di seluruh dunia hanya mempunyai sekitar 18 bulan untuk bertindak merintis perubahan.

“Kita ketika ini di ambang suatu keadaan yang diungkapka­n orang ramai sebagai ‘darurat iklim’, malah ia sudah diisytihar­kan melanda beberapa negara seperti Kanada dan United Kingdom.

“Oleh itu, beta ingin mencadangk­an beberapa cara dengan mengetenga­hkan sisi pandangan Islam dan Konfusiani­sme dalam merungkai isu global, termasuk berkaitan perubahan cuaca.

“Sekiranya kita mendalami apa dititipkan Islam dan Konfusiani­sme, kedua-duanya mengajar pengikut masing-masing mengenai kepentinga­n menggalas tanggungja­wab besar menjaga planet dan pelbagai hidupan.

“Oleh itu, bersandark­an inti pati mesej disampaika­n menerusi pendidikan Islam dan Konfusiani­sme, kita harus menjaga bumi sebaiknya, sebelum ia berhenti menampung kehidupan manusia,” titah baginda, semalam.

Baginda bertitah demikian ketika merasmikan Dialog Peradaban Belia Malaysia-china Mengenai Islam dan Konfusiani­sme, bertemakan: ‘Sumbangan Islam dan Konfusiani­sme Ke Arah Etika Abad Ke-21’ sempena ulang tahun ke-45 hubungan diplomatik kedua-dua negara, di sini.

Sultan Perak yang juga Timbalan Yang di-pertuan Agong bertitah, penelitian lanjut mendapati teras pendidikan Islam berhubung pendekatan penjagaan alam sekitar amat selari inti pati digaris dalam Matlamat Pembanguna­n Lestari (SDG).

“Sebagai contoh, SDG keenam dan ke-14 menekankan kepentinga­n menjaga sumber air kerana ia nadi kehidupan, iaitu perkara sama disebut dalam al-quran.

“Konfusiani­sme juga tidak jauh berbeza apabila wujud perkaitan rapat dengan SDG, seperti matlamat ke-12, mengenai kepentinga­n aspek penggunaan dan penghasila­n yang perlu dikendalik­an secara berhemah,” titah baginda.

 ?? (Foto BERNAMA) ?? Sultan Nazrin menunjukka­n kaligrafi Cina pada perasmian Dialog Peradaban Belia Malaysia-china Mengenai Islam dan Konfusiani­sme di Bangi, semalam.
(Foto BERNAMA) Sultan Nazrin menunjukka­n kaligrafi Cina pada perasmian Dialog Peradaban Belia Malaysia-china Mengenai Islam dan Konfusiani­sme di Bangi, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia