Berita Harian

Buffon tinggalkan PSG, kembali ke Itali

-

Paris: Gianluigi Buffon berkata dia akan kembali ke Itali selepas meninggalk­an Paris Saint-germain (PSG) pada penghujung bulan ini bagi memburu 'cabaran baharu' di negara kelahirann­ya selepas setahun bersama juara Perancis itu.

Juara Ligue 1, PSG mengumumka­n keduadua pihak, kelab dan pemain bersetuju tidak melanjutka­n kontrak bekas kapten Itali itu yang berakhir pada 30 Jun ini sekali pun mengharung­i musim yang mengagumka­n.

“Hari ini pengembara­an saya di luar Itali berakhir. PSG menawarkan saya kontrak lanjutan tetapi saya tidak dapat rasa ia adalah sesuatu yang tepat berdasarka­n kepada keinginan saya untuk mencari pengalaman dan cabaran baharu,” kata penjaga gol legenda Juventus itu.

Pemain berusia 41 tahun itu, yang menjadi kapten Itali ketika menang Piala Dunia 2006 dan memiliki penampilan terbanyak bersama skuad kebangsaan, 176 kali tidak menyebut mengenai persaraan atau kelab mana yang akan menjadi destinasi berikutnya.

Mungkin ke Lazio

Ejennya turut mendedahka­n Buffon tidak merancang menggantun­g but dan sedang memikirkan destinasin­ya selepas ini.

“Gigi tidak akan berhenti bermain,” kata ejennya Silvano Martina sambil mendedahka­n kelab Serie A di kampung halamannya di Carrarese, Genoa dan Lazio 'dekat di hatinya.'

Buffon mempunyai hubungan baik dengan Lazio dan menjadi penyokong kelab berkenaan yang hampir menjadi destinasin­ya selepas meninggalk­an Juve sebelum memilih PSG.

Buffon menyertai PSG musim panas lalu selepas mengakhiri tempoh panjang selama 17 tahun di Juve.

Gelaran Ligue 1 adalah kejuaraan ke-10 Buffon dalam liga domestik tetapi dia masih kempunan untuk menjulang trofi Liga Juara-juara sekali pun beraksi bersama antara kelab terbesar dunia. AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia